♕ ARZALNA NUHA ♕
Kepala aku angkat. Memandang Adri yang sedang berjalan ke arahku. Seulas senyuman terukir di bibirnya.
Itulah Adri. Dia mesti akan senyum kalau aku pandang dia. Tak kira masa dan tempat. Macam tahu yang aku suka tengok dia senyum. Nampak manis. Berganda ganda kekacakannya.
"Baby" dulu dulu dia tegur aku.
Aku ikut senyum. Tubuhnya didekatkan sebelum bibirnya berlabuh di atas kepalaku dan di dahiku.
Dalam sehari, aku tak tahu berapa kali Adri cium aku. Pantang dapat peluang. Agaknya itu dah jadi hobi dia lepas menikah. Tapi aku tak complain. Cuma biar aje apa yang Adri buat. Kalau dihalang nanti dia merajuk pula.
"Sayang" aku membalas senyumannya.
Adri duduk di depanku. Kakiku yang terlunjur dibawa ke ribanya.
"Pergi mana tadi?" Soalku.
Tadi Adri keluar selepas dapat satu panggilan telefon. Macam urgent. Aku lepaskan dia pergi dan menunggunya di rumah. Mana tahu dia nak bagi bunga lagi. Hujung hujung dia tak bawa balik apa apa.
Ini kalau bukan bulan puasa mesti Adri akan bawa balik makanan untuk aku. Mujur tengah puasa. Agaknya kalau aku tak puasa pun mesti Adri akan belikan untuk aku kalau aku suruh.
Dia mana pernah kisah kalau aku makan depan dia walaupun dia puasa. Macam tahun lepas. Dia sendiri yang suruh.
"Airport"
"Hah?" Terkejut aku.
"Betullah. Tadi Adri pergi airport. Fetching someone"
Mencerlung aku pandang Adri. Tak pernah pernah dia pergi airport. Tentang dia jumpa atuk di France semata nak minta restu untuk menikah dengan aku, itu hal lain.
Hari ni tiba tiba aje! Pelik pula aku.
"Adri buat apa ke sana? Takkan dah tawar hati dengan Nuha. Teringin nak cuci mata tengok stewardess lawa lawa" aku serkap jarang. Walaupun aku tahu semua tu tak betul.
Adri ketawa.
"Buat apa nak tengok yang haram sedangkan Adri ada yang halal kat depan mata. Tak terbanding stewardess tu dengan Nuha. Dah tentu yang isteri Adri ni menang. I still remember that I'm somebody husband"
"Mana tahu nak tengok stewardess kaki panjang pula. Nuha ni rendah" aku membalas.
"Tapi yang rendah inilah yang Adri sayang sangat. Rendah ni comel. Cantik pula tu"
Membodek!
Aku buat muka. Konon macam aku tak termakan dengan ayat manisnya sedangkan hati aku dah berbunga bunga.
Sekali pun Adri tak pernah gagal buat aku gembira. Kalau dia mula bermadah, habis cair aku dibuatnya. Tak padan dengan orangnya yang nampak beku dan tak mesra alam.
"Baby"
Aku pandang Adri. Menanti apa yang lelaki itu mahu katakan.
"Lepas ni Adri dah tak pergi office. Kiranya Adri dah berhenti. Maknanya, lepas ni Adri ada dekat rumah je" kata Adri.
"Kenapa? Adri nak continue study dah ke?"
Adri tak jawab pertanyaanku. Dia cuma diam dan hanya memandangku. Ada terselit rasa di balik matanya. Seakan akan Adri sedang bersedih.
Satu senyuman kecil diukir. Untuk menutup kembali riak yang terlukis. Namun di mataku, ia langsung tak dapat menutup apa apa. Masih jelas aku nampak perubahan air mukanya.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...