♕ ARZALNA NUHA ♕
Tak sempat nak tunjuk baju lain. Baru menimbang rasa sama ada Adri kacak berkemeja merah jambu muda atau tidak. Sekarang berdepan dengan hal lain.
Aku tak kenal siapa perempuan itu. Selama aku hidup, sekali pun aku tak pernah tengok dia.
Orangnya manis bertudung. Kulitnya tak cerah dan tak gelap. Kulitnya berwarna kuning langsat. Figuranya tinggi dan langsing. Tak tahu sama ada effect pakaian yang dipakai atau memang dia langsing.
Yang aku lihat, dia agak tinggi. Separas telinga Adri. Lebih tinggi dari aku.
Aku lihat pula penampilannya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Bertudung litup. Menepati ciri ciri seorang muslimah. Longgar dan sangat sopan. Berseluar putih dengan baju blaus merah hati. Dipadankan pula dengan selendang putih digaya cantik berserta solekan tipis di wajahnya.
Cantik. Memang cantik. Sampai aku yang sama jantina dengannya pun boleh rasa rendah diri.
Tarikannya adalah mata perempuan itu. Matanya cantik. Anak matanya gelap. Tak secantik anak mata yang berwarna tapi bulu matanya. Panjang dan melentik. Sangat jelas kelihatan.
Matanya yang lawa kini tertumpu padaku. Ia perlahan lahan beralih pada Adri semula tanpa sempat aku berbuat apa apa.
Be positive Nuha! Itu mungkin salah seorang kawan dari sekolah lama Adri.
Tak mahu berfikir yang bukan bukan. Aku positifkan diri. Kalau mereka pernah berteman, pastilah perempuan itu orang yang baik baik. Takkanlah Adri nak berkawan dengan orang yang tak baik.
Aku berjalan ke arah mereka. Satu senyuman ditarik. Memaniskan muka. Tak mahu menjatuhkan maruah Adri sebagai suami bila aku berlagak sombong atau berkelakuan tak matang.
Selama hidup dengan Adri, makin banyak dia ubah diri aku. Dari aku buat apa apa ikut sedap rasa. Sekarang ni aku dah boleh fikir terlebih dahulu.
Maruah Adri aku perlu jaga. Dia itu suami. Aku tak nak ada yang bawa mulut yang mengatakan Adri tak reti jaga isteri.
"Ri kenal?" Aku pandang Adri.
Adri angguk sekali.
"Eisya. Eisya Maisarah" balas Adri.
Jadi ini Eisya. Orangnya cantik dan manis. Tak tahu pula Adri ada kawan secantik ini. Itu yang buat aku rasa insecure.
Aku tak cantik. Aku sedar diri. Walaupun hari hari dah dengar Adri ucap ayat cintanya padaku dan puji aku cantik tapi aku masih rasa insecure bila berdepan dengan perempuan.
Bukannya tak percaya suami sendiri. Aku percaya Adri. Aku juga faham yang cantik itu subjektif. Tapi Eisya ni betul betul cantik di mataku.
"Hai" tegurku sambil senyum.
Eisya nampak bingung.
"Eisya right? Saya Nuha" aku memperkenalkan diri.
Kalau kau balas 'aku tak tanya' memang kau akan terima penumbuk sulung aku dekat muka. Tak cakap lebih dah. Aku bagi terus.
Lepastu terpulang kaulah nak lari masuk toilet atau pengsan tak bangun bangun sampai tiga hari. Itu dah jadi masalah kau. Bukan masalah aku.
"Ya, saya Eisya. Kawan rapat Adri" Eisya senyum tipis.
"Saya isteri Adri"
Senyuman Eisya perlahan lahan mati. Dia pandang aku dengan muka terkejut. Kemudian dia pandang Adri sebelum pandang aku semula.

ANDA SEDANG MEMBACA
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...