↢ NAUFAL ADRI ↣
╒══════════════════╕
Why you always wanna act like lovers
But you never wanna be each other's
I say don't look back but I go right back andAll the sudden I'm hypnotized
You're the one that I can't deny
Every time that I say I'm gonna walk awayCharlie Puth - Light Switch
╘══════════════════╛
Dia tahu aku tak boleh marah perempuan. Dia tahu empati aku ni tinggi dan dia tahu perasaan aku padanya masih ada.
Mulut memanglah cakap aku nak lupakan dia tapi tak semudah itu. Dulu aku pernah patah hati. Dua tahun aku cuba untuk melupakan orang yang reject aku. Jadinya aku tahu apa yang aku alami.
Aku tak terfikir pun nak mengalah. Masih terlalu awal. Aku percaya takdir Allah.
"Maafkan aku tak?"
Dia nampak aku ni ada gaya budak budak ke?
Tak tahulah Nuha ni minta maaf atau tengah pujuk aku. Siap hulur aku coklat. Dia fikir aku ni budak lima tahun yang tengah merajuk ke?
Mungkin dah sedar salah sendiri jadi punca aku ikut jatuh dalam kolam tadi. Kira nasib baik aku bawa baju spare. Terasa nak bawa. Selama ni memang aku jarang bawa. Tiba tiba terdetik nak bawa.
Kira okaylah sekadar baju dan seluar aje yang basah. Mujurlah aku dah simpan jam dan telefon awal awal. Aku tahu jam dan telefon aku waterproof tapi kira nasib aku baik sebab dah simpan.
Lewat jugalah nak naik ke pejabat. Nak tunggu baju dan seluar kering sedikit. Sampai di depan court volleyball, aku tengok seorang pun tak ada. Semua dah pindah pergi court basketball.
Bila aku masuk dalam keadaan basah semua tanya puncanya. Dah tentulah mereka berdekah dekah ketawa bila tahu aku baru lepas buat drama pukul tujuh petang dengan Nuha.
"Accepted"
Aku ambil coklat dari tangannya.
Sebenarnya aku tak marah pun agak cuak jugalah. Nasib baik cikgu tak marah tengok aku lencun dari atas sampai bawah tapi ikut ketawakan aku.
Tak elok nak marah orang lama lama. Jadi binasa badan. Benda pun dah lepas. Bukan masalah besar pun. Aku pun dah ganti uniform.
"Kau tak marah?"
"Tak. But don't do it again"
Nuha senyum senang.
Aku kecilkan mata pandang dia. Tak nampak dia tengah senyum jahat nak kenakan aku. She seem relieved.
Topik tadi dihabiskan di situ juga bila aku tinggalkan kolam dan balik ke court volleyball. Tak ada mana mana pihak terlibat. Aku rasa tak sampai ke pengetahuan pihak atasan pun. Setakat kes kecil macam tu takkan sampai nak kena buka meja meeting.
Melampau sangat tu. Nak bergurau pun agak agaklah. Tak ada pun nyawa anak orang yang melayang.
"Tak. Aku tak buat dah. Tapi kau tu tak payah nak ulang macam tu lagi"
"Aku buat apa?" Bingung aku tengok dia.
"Kau tengok kami!"
Tak habis lagi rupanya. Aku rasa memang patut buka meja meetinglah kalau macam ni.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Любовные романы[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...