♔ NAUFAL ADRI ♔
Ingatkan kat luar aje ada problem. Balik rumah pun ada problem juga. Aku sudahlah tengah sakit kepala sangat sangat sekarang ni. Siapa pula gatal pergi tambah masalah? Nak kena buang kerja agaknya.
Siapa tak bengang bila balik rumah ada yang kata keadaan dalam rumah sedang kacau bilau. Aku tengah letih dia boleh buat bergurau. Marah aku dekat si kafir tadi belum settle lagi tahu?
Dari yang salah seorang maid bagitahu tadi ada pertengkaran di tingkat tiga. Di tingkat bilik aku dan Nuha. Maka aku terus ke sana untuk melihat keadaan. Ruiz pun ikut sama.
Lelaki itu sangat berjaga jaga lepas apa yang penceroboh tadi nyatakan. Sebelum balik tadi dia periksa seorang demi seorang bodyguard aku. Kalau aku tak minta nak balik cepat agaknya sekarang ni dia belum settle cek orang lagi.
Ruiz seorang yang teliti. Sangat berhati hati. Aku cuma ikutkan kerana dia lebih matang dari aku. Dia lebih berpengalaman dari aku. Umur kami jauh berbeza. Hampir dua belas tahun berjarak.
Yang aku tahu Ruiz dah dilatih dari umurnya enam tahun untuk bekerja dengan istana. Ruiz seorang anak yatim piatu setelah ibu dan ayahnya meninggal dunia akibat bunuh diri sejak lelaki itu berumur empat tahun. Dijaga oleh jirannya sebelum dia lari dari rumah kerana didera akhirnya dia dibawa ke pusat jagaan. Keberadaan Ruiz di sini hanyalah nasib saja. Kalau bukan Enrico datang ke pusat jagaan dan ambil keputusan untuk ambil Ruiz agaknya dia dijaga oleh keluarga lain.
Ruiz juga cakap dia rapat dengan arwah mama sebelum dibuang keluarga. Dia yang jadi orang pertama yang tahu mama mengandung dan memaklumkan pada Enrico.
Jadinya, aku terperangkap di sini kerana Ruiz. Mulut dia tak reti tutup. Kalau dia tak bagitahu mungkin sekarang ni aku dah bahagia dengan Nuha di Malaysia. Tak perlu galas tanggungjawab besar macam ni.
Aku lepaskan keluhan. Tangan naik urut pelipis kepala. Makin sakit berdenyut.
Tiba tiba rindu sangat dengan katil. Macam dah berhari hari aku tak tidur. Sedangkan sejak kondisi tak berapa okay, aku tidur awal. Tak tunggu Nuha pun. Aku tidur dulu. Kalau aku cakap aku tidur dulu maknanya aku tak sentuh dia. Dapatlah Nuha tidur lena tanpa aku ganggu tidurnya.
"Don? Okay tak?" soal Ruiz prihatin.
Aku angguk kecil. Bagi menjawab soalannya. Menandakan yang aku dalam keadaan baik baik saja. Walaupun aku tahu yang dia tahu aku menipu.
"Don patut berehat. Jangan memaksa diri lagi. Majlis pun dah tak lama lagi" pesan Ruiz.
"Aku tahu"
"Lebih baik don terus berehat. Biar saya yang uruskan hal ni" kata Ruiz lagi.
"I just gonna look for a while. Lepastu kau boleh uruskan"
"Baik don"
Baik betul Ruiz. Sabar melayan aku. Tiap hari tanya sama ada keadaan aku sudah okay atau belum. Seorang insan yang sangat baik hati even muka dia tak tunjuk yang dia baik.
Pintu lif terbuka. Aku terus hayunkan kaki keluar dari lif. Diikuti Ruiz di belakang aku. Mengatur langkah ke tempat yang dinyatakan oleh pembantu rumah tadi.
Makin hampir dengan tempat yang dimaksudkan. Makin kuat aku dengar pertengkaran suara manusia. Melenting kuat. Jika aku amati, suara yang aku dengar seakan akan suara Nuha.
Hati aku menidakkan. Takkanlah Nuha semudah itu nak meletup. Aku dah duduk dengan dia dah enam bulan. Nuha tak mudah menengking. Sabarnya boleh tahan tinggi walaupun dia cepat naik angin.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...