♔ NAUFAL ADRI ♔
Pelik Razman pandang kami. Mencerlung matanya. Entah apa yang tak kena di mata tuanya.
Semalam kami berselisih faham. Nuha bermasam muka dengan aku. Sampai tak mahu aku tidur sebilik dengannya. Gayanya memang betul betul nak tendang aku keluar.
Tiba tiba pagi ini dah senyum senyum. Dia tunjuk perangai manjanya. Duduk pun rapat rapat. Makan sarapan pun minta aku suap.
Sepanjang sarapan Razman melirik pandang aku. Mesti dia fikir aku ada buat sesuatu pada cucunya.
Belum lagi. Tak terlintas lagi aku nak bertindak sejauh itu. Aku tak pernah naikkan isu hak aku yang satu itu.
Nuha masih muda. Sangat muda. Ini bukan masa yang sesuai. Aku akan tunggu hingga masa yang tepat. Di mana aku dah betul betul sedia untuk galas seluruh tanggungjawab sebagai suami dan begitu juga Nuha.
Selagi Nuha masih belajar, aku takkan sentuh dia. Aku akan beri dia peluang untuk dia rasa bebas seperti remaja lain. Namun aku akan mengawasinya.
Siapa yang tak sayang isteri?
Jadinya aku bagi dia bebas. Tak mahu dia rasa tertekan sebab dah bersuami dalam usia muda.
Aku sangat sayangkan Nuha. Tak terfikir dalam kepala kalau satu hari nanti Nuha tiada dan tinggalkan aku. Tak terjangkau dek akal. Entah bagaimana keadaan aku nanti.
It's gonna be a real mess!
Selagi ada peluang, aku akan buat dia senang dengan aku. Membahagiakan dia semampuku.
"Adri"
Aku senyum.
"Dah siap dah?" Aku bertanya.
Aku nampak Nuha dah siap beruniform sekolah. Siap dengan beg yang tergalas di belakang badannya. Tapi mulut aku ni nak juga bertanya.
Comelnya isteri aku ni.
Di hujung mata aku nampak Kak Zana bangun dari duduk. Pagi ini aku dikenalkan dengan driver Nuha.
Teringat macam mana Kak Zana terkejut saat aku buka pintu untuk membenarnya masuk ke dalam. Dia tak pernah jumpa aku. Yang dia tahu adalah Nuha dah berkahwin dan dia tak kenal siapa suami Nuha.
Hari ni dah tertentang empat mata. Lepas ni kalau tetap juga kata tak tahu siapa memang aku suruh Razman pecat dia. Biar aku yang driver Nuha.
"Nuha nak pergi dulu"
"Dekat kelas jangan tidur" aku berpesan.
Memuncung Nuha hulur tangan menyalami tanganku. Lepas salam aku akan cium dahinya sekali dan Nuha akan balas dengan satu ciuman di pipiku.
Tak pelik pun. Dah selalu buat. Tiap kali aku hantar dia pergi sekolah itulah yang kami buat sebelum berpisah.
Mesra. Mengundang pandangan aneh Razman yang dari tadi leka menghadap iPad.
Malam kelmarin aku ke rumah Ezril. Berjumpa dengan Nia. Dia buka cerita yang kadang kadang Nuha tidur dalam kelas.
Tergeleng juga aku. Macam dekat rumah tak cukup tidur pula.
Aku bagi tidurnya cukup. Makannya cukup. Semuanya cukup. Dekat rumah tu dia tak buat kerja apa apa pun. Sebab aku tak bagi. Dia jadi mandur. Biar aku jadi kuli.
"Mana ada Nuha tidur" dalihnya.
"Oh ya? Nanti Adri cek"
"Ceklah. Nuha tak tidur. Nuhakan budak baik"

ANDA SEDANG MEMBACA
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...