♔ NAUFAL ADRI ♔
Di hujung mata, aku nampak ada cahaya terang yang menyimbah. Masih tak menganggu suasana gelap di dapur. Aku buat tak tahu.
Kandungan Mak Cik Salmah dah masuk lima bulan. Ada masa mestilah dia perlu ke tandas di waktu malam.
Satu detikan kedengaran dan seluruh ruang terang. Buat aku kaku tak bergerak. Dah macam kena acu pistol dengan polis. Nak mengunyah pun teragak agak. Cuma kelip kelip mata pandang Mak Cik Salmah berdiri dekat dengan suis.
"Tak tidur lagi? Esok bangun pukul berapa pula"
Aku senyum.
Aku dah biasa berjaga waktu macam ni. Dah tak pelik. Dan selalunya lapar.
Normal kalau orang berjaga sampai lewat malam pastilah perut tu minta diisi. Macam apa yang aku buat sekarang ni. Cari balang snack untuk buat mengunyah.
Bukan nak makan sangat pun. Cuma mengada nak mengunyah. Itu aje. Kalau betul betul lapar barulah aku rajinkan diri untuk masak apa apa yang mudah.
"Orang tegur bukan nak dengar. Senyum memanjang. Ingat sikit, esok pagi kamu tu nak menikah" Mak Cik Salmah mula membebel.
"Tahu. Nanti saya bangunlah awal. Ibu tak perlulah risau. Lagipun saya tengah main game dekat atas"
"Degil! Esok kalau tak bangun memang ibu simbah air. No sorry dah!"
Tergelak aku dengar balasannya. Ugutan yang selalu aku dengar. Dari aku mula kenal dia hinggalah sekarang. Dia ugut kalau aku tak bangun nanti akan simbah air dekat muka. Tapi dia tak pernah buat pun. Paling jauh pun dia akan masuk bilik aku dan kejut sampai aku bangun.
Kadang aku buat buat tidur semata nak tengok betul ke tak Mak Cik Salmah nak simbah air dekat muka aku kalau aku tak bangun. Bahananya, aku lambat ke sekolah.
"Iya ibu. Esok subuh saya bangun. Ibu jangan risau. Kalau macam tu, ibulah kejut saya" candaku.
"Tak padan nak jadi suami orang masih nak ibu kejutkan. Malulah sikit"
Ya tak ya juga. Esok aku akan menikah dengan Nuha.
Esok? Tadi aku tengok jam dah melepasi dua belas tengah malam. Maknanya esok aku tu adalah hari ini. Bermakna tak sampai beberapa jam lagi. Waktu aku dan Nuha akan diakadkan pada jam 9 pagi.
Macam tak percaya aku akan jadi suami orang. Elok pula tu tepat umur aku 19 tahun. Hari nikah aku dan Nuha jatuh pada hari lahir aku sendiri. Tak tahulah kebetulan atau memang dipilih.
Kiranya Nuha itu hadiah akulah. Hadiah paling bermakna dalam hidup aku. Yang akan aku jaga sampai akhir nanti.
Bermula dari pertemuan yang tak dirancang menjadikan kami kawan. Tak terlalu rapat. Akukan suka kacau kacau dia. Muka Nuha waktu geram memang comel. Dengan wajah memerahnya. Mata bulat. Dia marah pun tak nampak tengah marah.
Jalinan kawan itu aku kotorkan dengan aku mengatakan aku sukakan dia. Tapi ia tak menjarakkan kami. Kami tetap kawan. Malah makin rapat.
Aku yang selalu ada untuk dia dan dia yang selalu clumsy. Hopeless. Memaksa aku untuk tetap rapat untuk menjaganya.
Satu satunya insan yang aku kongsikan banyak perkara tentang diri aku dan aku percayakan dia. Sesuatu yang tak pernah aku sangka dalam seumur hidup aku. Untuk aku jatuh hingga sedalam ini dan sanggup berbuat apa saja untuknya.
Tak sangka juga kami juga agak rapat sebenarnya. Namun kami tak pernah bersua muka lebih awal dari titik pertama pertemuan kami.
Nuha berkawan dengan Yana dan Dylan. Aku juga rapat dengan Dylan. Juga mengenali Yana dan dua orang lagi rakannya.

YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...