♕ ARZALNA NUHA ♕
Aku dan Adri berada di dalam sebuah kereta. Tapi kami duduk di tempat duduk belakang. Saling sebelah menyebelah namun ada hand rest di tengah tengah. Memisahkan tempat duduk kami.
Sememangnya kerusi di tempat duduk belakang Rolls Royce hanya ada dua kerusi. Tak termasuk dua lagi di bahagian depan untuk pemandu dan tempat duduk sebelah pemandu.
Ruang tempat duduknya agak luas. Kalau Adri boleh duduk melunjur kaki tu maknanya luaslah tu. Kaki diakan panjang. Tak macam kaki aku. Boleh dikatakan selesa. Di hand rest ada beberapa butang dan salah satunya untuk panel yang memisahkan ruang depan dan ruang belakang. Membolehkan orang yang duduk belakang mempunyai privasinya sendiri.
Hari ini yang memandu adalah Ruiz. Dia yang selalu jadi driver Adri waktu keluar ke mana mana. Aku pun tak nak cakap banyak. Kalau Adri cakap dia nak bawa pun aku tak bising.
Hanya kami bertiga yang berada di dalam kereta. Tapi tak semestinya kami bertiga yang ada. Di depan kereta kami ada dua Audi hitam metalik dan di belakang ada satu Range Rover hitam dan dua lagi kereta sama warna yang aku tak tahu apa namanya. Menjadi escort kami untuk ke rumah ayah kepada mama Adri.
Aku pandang orang sebelah. Dari masuk kereta tadi senyap tak bercakap. Tunduk fokus tengok telefon. Entah apa yang ditengok dari tadi.
Bagai perasan ada mata sedang memandangnya, Adri angkat kepala dan menoleh ke arah aku. Keningnya terangkat sebelah. Macam tanya kenapa.
Lama lama pandang nampak lain pula rupa Adri. Ini barulah nampak macam suami orang. Sebelum ni nampak bujang. Kalau bukan sebab cincin yang ada di jari, takkan ada yang tahu Adri dah beristeri. Mungkin sebab kumis nipis mula tumbuh yang masih belum dicukur.
"Why you look at me like that? Do you want something?" Adri bertanya.
"Tak. Nak tengok je"
"What ever makes you sleep tight, baby girl"
Kemudian Adri tekan satu butang di hand rest. Menurunkan panel yang memisahkan ruang depan dengan ruang belakang. Membuatkan Ruiz tak lagi dapat melihat kami. Aku perasan matanya melirik dari cermin pandang belakang sebelum tumpuannya kembali dilemparkan ke jalan raya.
Tangan aku dicapai Adri. Dikucup lembut. Tapak tanganku ditekap rapat ke pipinya. Seulas senyuman terukir saat sepasang mata hitamnya memandangku.
"It's okay. You can talk with me. It's soundproof. He's not gonna to hear you even you groaning or screaming my name"
"Gatal!" ucapku seraya itu aku mencebik. Tak sudah sudah Adri ni pun!
"What? I'm telling the truth"
"Jangan nak gatal sangat boleh tak?" aku gulingkan biji mata ke atas.
Aku faham yang Adri cuba sampaikan yang kalau panel tu diturunkan, Ruiz takkan boleh dengar perbualan kami di belakang. Tapi.... eiiii! Aku malu tahu tak!
Tengok cara Adri senyum pun aku tahu yang dia cuma mengusik aku. Seronoklah tu tengok aku dah merah muka malu depan dia. Apa yang aku boleh buat? Buat buat marahlah. Nak tutup malu punya pasal.
Adri dekatkan tubuhnya dengan tubuhku. Tanpa kata, dia merapatkan bibirnya ke pipiku. Bukan main lebar dia senyum.
"You doesn't like that kiss? It's fine, baby girl. You can return it. Anytime. Anywhere" dengan selamba Adri sandarkan tubuhnya di kerusi. Tanganku yang masih berada dalam genggamannya tak dilepaskan. Malah dikucup beberapa kali.

ANDA SEDANG MEMBACA
HIS OBSESSION: NUHA
Romans[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...