63

400 25 0
                                    

♕ ARZALNA NUHA ♕

Abang Akbar. Orangnya pandai. Rupa pun boleh tahan. Ada PhD. Aku tak tahu apa bidangnya tapi Razman cakap Akbar ada PhD. Umur dah nak masuk three series tapi bujang lagi. 

Kami agak rapat tapi aku tak anggap dia lebih dari seorang abang. Begitu juga Akbar. Dia selesa melayani aku macam adiknya sendiri.

Gayanya macam budak nerd. Social skillnya terbatas. Ramai kawan lelaki dari kawan perempuan.

Perangai dia macam perempuan sikit. Kalau lelaki suka keluar rumah. Tapi abang Akbar lain sikit. Dia lagi suka duduk di rumah. Habiskan masa dalam bilik dia.

Dia membaca. Dia buat kerja. Tengok Netflix. Orangnya boleh tahan kuat drama juga. Cakaplah drama Melayu dekat Malaysia. Hampir semua dia layan. Novel pun dia baca selain buku bukan fiksyen dan buku ilmiah.

Pernah sekali aku melawat rumahnya dengan Razman. Penuh satu ruang bilik dengan buku. Rak tinggi setara dengan dinding. Katanya itu ruang bertapanya waktu tak ada kerja.

Sekarang abang Akbar nampak lebih dewasa. Jauh lebih matang dari penampilannya tiga tahun lepas. Tapi gayanya tetap sama. Termasuklah senyumnya.

Adri tak biasa masuk kawasan perumahan di sini. Beberapa kali pusing tempat sama. Terpaksa minta bantuan Akbar untuk bawa ke rumah.

Salah dia yang tak reti masuk simpang lepas tu salahkan aku tak reti baca Waze. Bukan aku yang bawa kereta. Dah banyak kali aku cakap kena masuk simpang tapi tak mahu dengar. Sudahnya aku diam ajelah. Merajuk!

Ingatkan rumah nek ngah kosong. Rupanya anak anaknya semua balik. Dah penuh semua bilik. Maklumlah adik beradik abang Akbar ni ramai. Ada tujuh orang. Bilik ada empat aje. Yang dah menikah dapatlah bilik. Yang tak menikah lagi kena duduk luar. Nasib baik abang yang sulung tak dapat balik. Kalau tak, makin riuhlah rumah ni. Lagipun aku tak suka dengan anak anak abang long. Mereka suka ejek aku.

Abang Akbar ni anak nombor empat. Abang dan kakak dia semua dah kahwin. Termasuk adik perempuan dia, Kak Juli. Dah seorang dah anak.

Dah langkah bendul. Abang tak kahwin lagi tapi adik dah nikah dulu. Sampai si adik dah dapat anak pun abangnya tak jumpa calon lagi. Kesian pun ada. Sekarang ni adik perempuannya lagi seorang nak dipinang orang.

"Kau orang duduklah dalam bilik ni. Nak rehat dulu ke. Dah jalan jauh tadikan? Tapi katil bujang aje"

"Tak kisah pun. Dekat rumah orang takkan nak meminta lebih" Adri membalas.

"Tak eloklah cakap macam tu. Kita dah jadi keluarga. Tak ada istilah menumpang. Family ni pun family Adri juga"

Abang Akbar pandang aku dan senyum. Mesra. Bukan senyum gatal nak mengurat. Dia pun anggap aku macam adik dia sendiri.

"Nuha jangan marah Adri. Suami ni. Kena hormat. Tak ada siapa silap. Memang dekat simpang depan tu bingung sikit. Kalau yang tak biasa memang pusing tempat sama" kata abang Akbar.

Adri pula pandang aku. Dah rasa menanglah tu? Huh!

"Kau orang rehatlah dulu. Kalau ada apa apa, panggil aje" ujar Akbar sebelum keluar dan tutup pintu.

Tinggallah aku berdua dengan Adri dalam bilik itu. Tak terasa nak bercakap dengan dia. Masih mogok nak bercakap selagi Adri tak pujuk.

Aku labuhkan duduk di birai katil. Mula fikir macam mana nak tidur malam nanti. Budak kecil di rumah ni ramai. Pastilah bising di waktu malam. Dapat pula katil sempit. Tak tenanglah nanti.

Dari hujung mata Adri tolak beg di tepi katil dan bergerak ke meja kayu. Meja abang Akbar. Di atasnya ada beberapa buku tersusun kemas.

"Doctor of Philosophy in biochemistry. Boleh tahan"

HIS OBSESSION: NUHATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang