♔ NAUFAL ADRI ♔
Buka mata aje nampak wajah cantik isteri kesayangan di sebelah. Sesuatu yang selama ini cuma jadi harapan. Tak sangka di umur sembilan belas tahun, aku dapat mengecapinya.
Aku betulkan kedudukan. Kini aku separa meniarap memandang Nuha tidur dengan nyenyak. Sebelah tanganku masih menjadi bantal kepala Nuha.
Sejak malam pertama, kami tidur begini. Nuha akan tidur dalam pelukan aku. Kepalanya mesti akan berada di lengan atau dada. Sama ada aku yang peluk dia atau dia peluk aku.
Dah jadi macam habit. Kalau si Nuha ni tak ada atau lambat ikut aku untuk tidur, aku jadi tak boleh lelap. Nak tunggu Nuha ada baru boleh tidur.
Sejak menikah, aku berubah. Banyak perkara yang jelas nampak perbezaannya. Tak termasuk pertambahan botol body wash dalam bilik air dan beberapa pencuci muka Nuha.
Dah berlalu dua minggu dari tarikh nikah kami. Selama itulah Nuha tinggal di sini semata nak ada denganku.
Minggu lepas Razman dah ke mari. Lelaki itu baru balik dari Brunei untuk menyelesaikan tugasnya. Hajatnya mahu bawa Nuha balik ke kondo. Tapi Nuha berkeras tak mahu. Sampai menguncikan diri di dalam bilik.
Terpaksalah Razman pulang semula dan benarkan Nuha tinggal di sini. Jujurlah, aku pun berat hati nak biarkan Nuha pergi. Selama dia di sini, aku senang.
Tak kisah walau semua kerja aku kena buat seorang diri. Aku yang sediakan baju sekolahnya. Aku yang masak untuk sediakan makanan ketika dia balik nanti.
Dah jatuh sayang. Nak buat macam mana lagi?
Siapa sangka dengan kehadirannya dapat buat dunia aku berubah. Menaikkan semangat untuk aku terus hidup.
Aku pandang Nuha dan kucup dahinya sekali.
Mungkin aku dah menganggu tidurnya. Nuha menyembamkan muka di dadaku. Menyelesakan diri dengan kehangatan tubuh aku. Di bawah selimut tebal.
Selimut aku tarik lagi untuk menutupi bahunya. Tidak mahu Nuha kesejukan dan menariknya dengan lebih rapat.
Tiada lagi mimpi ngeri yang menemani aku setiap malam. Aku tak lagi terjaga di jam awal pagi.
Macam pernah aku cakap, aku dah jumpa ubat tidur. Cukup dengan Nuha berada dalam pelukan aku untuk aku tidur nyenyak hingga ke pagi.
Itu kerana aku tahu dia akan ada setiap kali aku buka mata. Aku tahu Nuha akan ada dekat dengan aku. Menemani aku. Sentiasa ada dalam pelukan aku.
Dan dia tak akan pergi tinggalkan aku.
Aku dah dua minggu 'bersih'. Tiada luka baru. Hanya rasa gatal pada luka menunjukkan yang luka semakin sembuh.
Tak pasti sama ada aku betul betul sudah berubah atau Nuha hanya sekadar distraction. Andai dia hanya distraction, aku akan biarkan dia distract aku hingga aku lupa untuk self harm lagi.
Hanya dua minggu. Masih baru dan terlalu awal tapi aku sudah betul betul sayang padanya.
Tingkah imut dan nakalnya menghiburkan aku. Ada masa aku tersenyum sendiri apabila mengingatkannya.
Satu nafas panjang aku gali dalam dalam. Bau manis. Bau Nuha.
Sikit pun aku tak jemu untuk hidu bau manisnya yang kadang kala berjaya membangkitkan nafsu lelaki. Mengingatkan masalah yang melanda buat aku tersedar semula.
Belum masanya. Belum tiba. Masih terlalu awal.
Aku tak menjanjikan hari esok. Aku tak yakin. Bila bila masa aku boleh pergi tinggalkan dia. Sendiri. Kesedihan. Sunyi.
![](https://img.wattpad.com/cover/276879544-288-k884546.jpg)
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romantizm[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...