✻ ARZALNA NUHA ✻
Kaki yang baru nak menapak masuk dalam mart terus berhenti. Nia dan Yana yang berjalan sebelah aku juga berhenti dan pandang aku pelik.
"Kenapa Nuha?" Nia tanya aku.
Tangan terus raba poket. Kosong.
Aku dah agak dah. Selalunya aku akan terus letak purse dalam poket. Pagi tadi agak kelam kabut sikit. Jadinya aku campak purse dalam beg.
Nasib baik aku cek dulu. Tak adalah aku nak menyusahkan orang lagi.
"Nuha ambil purse kejap dekat kelas. Kau orang tunggulah dekat tempat biasa" kataku.
"Waktu rehat tak boleh naik kelas. Kena bawa prefect seorang untuk teman. Nia boleh bayarkan. Nanti bila bila Nuha boleh ganti balik"
"Tak payahlah Nuha. Kita dah sampai dah pun" sokong Yana.
Tak sedap pula nak guna duit orang sedangkan aku ada duit sendiri. Rasanya sempat kalau aku pecut. Tak sampai beberapa minit pun.
"Tak apalah. Nuha naik kejap. Kalau Nuha jumpa prefect nanti Nuha ajaklah teman" balasku.
"Okay. Jangan lama lama tau" Nia lambaikan tangan sebelum tarik Yana masuk ke dalam mart.
Aku terus berjalan ke kelas. Pelik juga. Selalunya tiap kali rehat mesti ada seorang atau dua yang bertugas setiap tingkat. Tapi hari ini tiada. Kosong!
Takkanlah semua dah lepas tanggungjawab sendiri? Makan gaji butalah tu.
Tak kisahlah ada orang atau tidak. Asalkan aku dapat purse aku semula. Aku panjat tangga ke tingkat empat untuk ke kelas. Seperti jangkaanku, kelas kosong. Aircond pun dah ditutup.
Aku terus ke loker sendiri dan tundukkan tubuh. Sebelum tunduk aku pastikan dulu loker Adri tertutup. Naya kalau aku bangun nanti terhantuk pintu loker besi.
Aku bercakap dari pengalaman. Aku pernah terhantuk pintu lokernya sekali. Menipu kalau aku cakap tak sakit. Sampai aku bergaduh dengan tuan punya loker takkanlah tak sakit.
Banyak kali aku suruh Adri tutup loker sendiri tapi dia tak pernah buat. Malah dia suruh aku yang tutupkan. Sebab aku tak nak cetuskan perang dunia dengan dia maka aku tutupkan kalau aku rajin. Selalunya aku tak peduli pun.
Itu masalah dia. Bukannya masalah aku. Kalau ada apa apa yang hilang, bukan hal aku. Dia yang jadi punca.
Tapi student dekat sekolah ini well mannered. Beberapa bulan aku di sini tak ada aku dengar ada kes curi. Nia pernah tertinggal telefon dekat cafe pun tak ada yang ambil. Tempat pun tak berubah.
Haih Nuha, nama pun sekolah anak orang kaya. Kau tengoklah yuran kut ya pun.
Aku selongkar beg sendiri. Cari purse tapi tiada.
Buat hal betullah. Atau aku yang salah letak? Jangan kata purse aku jatuh dalam kereta driver aku. Kalau betul jatuh, aku nak makan apa hari ni. Duit dan kad mart semuanya ada di dalam itu.
Tiba tiba rasa nak menangis. Maka terjelepuk aku jatuh di depan loker. Meratap nasib diri. Kesedihan.
Rasanya boleh kut aku terima tawaran Nia tadi. Bukannya aku tak bayar. Aku akan bayar balik nanti dan aku pasti Yana pun sanggup tolong aku.
Aku simpan semula beg dalam loker dan tutup pintu besi elok elok. Perlahan aku bangun. Menepuk menepuk kain di bahagian belakang untuk membuang habuk.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...