♕ ARZALNA NUHA ♕
Bunyi alarm Adri membingitkan telinga. Apa guna pasang alarm tapi tuan yang pasang pun tak bangun. Lagi baik tak payah!
Dah jadi kerja aku nak tutupkan alarm dia. Di awal awal pagi pula tu.
Aku bangun pun tak awal macam tu. Ada ke Adri pergi pasang alarm pukul empat pagi? Aku bangun pun pukul lima setengah. Itu pun mengelat. Tambah lima belas minit lagi.
Kena baling jugalah telefon Adri ni nanti. Aku dah jumpa dah target yang sesuai. Kalau aku tak tahan geram nanti aku baling phone dia ni dekat PC. Biar retak monitor dia.
Jangan main main kalau aku dah naik gila. Banyak aku belajar dari Adri. Macam seronok tengok Adri garang macam bapak singa. Sekarang pun ada yang kata aku serupa macam dia.
Like husband, like wife. Hahaha.
Aku tengok nyenyak sungguh Adri tidur. Tak terganggu langsung bila alarm dia berbunyi. Ini ke lelaki yang sama selalu mesej aku jam empat pagi untuk ucap good morning?
Sekarang dah pukul lima. Masih tidur lena. Agaknya aku salah orang. Ini bukan Adri. Aku salah suami agaknya.
Baring semula. Nak sambung tidur. Aku harap telefon Adri tak bunyi lagi. Kalau berbunyi lagi memang aku betul betul baling ke PC dia nanti.
Adri tidur tak berdengkur. Cuma kedengaran desah nafas halus. Tenang. Sebiji macam bayi. Hilang terus poker face.
Kepala aku letak di dada kirinya. Aku dapat dengar degupan jantungnya yang berdetak tenang. Normal untuk orang tengah tidur kalau jantungnya berdetak perlahan.
Tenangnya Adri waktu tidur. Tak macam waktu dia sedang berjaga.
Leka aku tenung suami sendiri waktu dia tengah lena. Hilang kantukku. Seronok tengok dia pula.
Tiba tiba Adri pusingkan tubuhnya menghadapku. Menarikku lebih rapat. Sikit lagi aku hampir menjerit sebab terkejut. Mujur sempat aku tahan.
Aku tak biasa. Aku masih baru dalam keadaan seperti ini. Sangat rapat.
Sebelum ni tidur seorang. Tak pernah tidur dengan lelaki. Tiba tiba hari ni aku dapat roommate.
Dahi aku berlaga dengan dagunya. Perlahan aku dongak. Namun lain yang aku dapat. Satu kucupan singgah di dahi.
Tapi Adri masih belum sedar. Masih nyenyak tidur.
Lama lama tengok Adri lena, aku ikut lelap hingga alarm aku berbunyi. Terasa malas nak bangun.
Katil Adri ni empuk. Dah tidur satu malam pun rasa tak puas. Rasa nak tidur lagi.
Tak tahu sebab tilam atau sebab tuan punya tilam. Bukan main selesa dia peluk aku. Tak cukup dengan itu, biliknya sejuk. Ada pula selimut tebal yang menyelimuti badanku. Makin seronoklah jadinya.
Walaupun malas aku bangun juga. Teringat jarak rumah Adri ke sekolah agak jauh. Tak macam jarak kondo Razman ke sekolah. Maknanya, kena bangun awal untuk sampai pada waktu yang tepat.
Datang lambat nanti apa pula kata orang. Lagi lagi budak bertiga tu. Bukan boleh percaya. Kut nanti dia orang fikir yang bukan bukan pula tentang apa yang aku buat dengan Adri di malam pertama.
Sekarang ni, kejut Adri dulu. Lena betul dia tidur.
"Adri" aku seru namanya.
Diam tak berkutik. Dah pekak ke?
"Adri, bangun" kali ini aku goyangkan lengannya.
"Ten more minutes"
Dah bangun rupanya. Ingatkan dah dijemput malaikat maut tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...