♔ NAUFAL ADRI ♔
Entah pukul berapa sekarang ni. Aku tak dapat dengar bunyi enjin kereta yang lalu depan rumah. Lagi lagi bilik ini jauh ke belakang. Sah tak dengar apa apa.
Lambat juga aku tidur malam tadi. Nak siapkan kerja dulu. Selagi tak siap, selagi itulah hati aku tak tenang. Walau dengan ruang yang tak luas macam meja aku tapi aku berjaya siapkan. Lepas kemas dan letak di atas rak barulah aku tidur.
Dalam masa yang sama aku cari distraction untuk tak jenguk si pendek tu kat atas. Tapi kalau aku nak tengok pun bukannya boleh masuk.
Bilik aku ada tiga kunci. Dua kunci aku letak dalam bilik. Satu lagi aku terlupa sorok di mana. Nak sorok sangat sampai lupa.
Selalunya aku tak kunci bilik pun. Kadang kadang aku terkunci bila keluar. Dah beberapa kali ganti tombol. Nak buat macam mana lagikan? Tapi masih tak mahu letak satu kunci pendua di tempat kunci.
Satu nafas aku gali dalam dalam. Terasa payah. Badan aku terasa berat seperti ditindih.
Sejak bila pula rumah ni berhantu. Aku kerap berjaga hingga lewat malam tapi tak pernah kena ganggu pun. Dah bertahun tahun, tak ada bunyi aneh dan kelibat.
Dari bunyi burung di luar mesti hari dah siang. Tapi mata aku ni terasa berat untuk dibuka. Masih mengantuk. Tanda tidurku belum cukup.
Normal. Cuti hujung minggu.
Waktu pagi macam ni kalau masih mengantuk biasanya aku sambung tidur. Topup tidur yang tak cukup. Bukan aku ada kerja pun.
Perlahan aku buka mata. Silau. Aku tutup balik. Terlupa yang tingkap tepi kepala katil tirainya tak tebal macam bilik aku. Jadinya bilik ini dah penuh dengan cahaya.
Aku tak suka tidur dalam keadaan terang macam ni. Kalau di bilik aku pun, aku akan matikan semua lampu bila tidur. Lagi gelap lagi aku suka. Lepastu nak ke bilik air mulalah langgar dinding.
Paksa buka mata. Teringat aku kena hantar Nuha balik. Takkan nak hantar anak orang dengan perut kosong. Nanti apa pula atuk dia cakap dekat aku.
Lama lama aku rasa tak selesa. Maklumlah bertukar tempat tidur. Bukan aku tak pernah tidur dekat sini tapi itu dulu. Sekarang ni aku dah besar. Aku pun dah lama tak jejak masuk.
Lagipun aku hormat privasi orang. Bilik Hashim pun aku tak pernah masuk. Jenguk pun tak pernah.
Bunyi getaran telefon menarik aku untuk sedar kembali. Sikit lagi nak terbang semula ke alam mimpi. Dengan mata masih terpejam, aku meraba ke kiri katil. Sebelum tidur, aku letak telefon di situ.
Tanpa lihat pemanggilnya, terus aku jawab panggilan.
"Helo" aku menyapa terlebih dahulu. Dah tentunya dengan suara serak baru bangun tidur.
"Astagfirullah. Kamu baru bangun Ri? Subuh tak tu?"
Keliru. Buka mata dan tengok skrin.
Razak.
Padanlah belum apa apa lagi dah kena setepek dekat dahi. Kalau dia depan aku sekarang ni mesti matanya menjengil dengan muka garang. Aku lewat lima minit bangun untuk ikut dia pergi masjid pun dah bising satu hari suntuk.
Aku diam. Aku tak dengar bunyi alarm telefon. Lewat sangat tidur.
"Tadi saya tertidur balik. Kenapa abah?" tipu sunat. Nak hidup.
Berani kau nak mengaku dekat Razak. Aku tak nak pendek umur. Kalau nasib baik dia cuma buka ceramah agama. Nasib tak baik, dia ruqyah aku dekat masjid.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...