↤ NAUFAL ADRI ↦
Cantik. Sangat cantik.
Aku mengaku yang aku dah mula obses pada seseorang. Setiap hari mesti kena tengok walau sekali. Kalau tak nampak orangnya dalam sehari mesti rasa ada benda tak kena. Memang tak tenang hidup aku.
Kalau Nuha duduk di sebelah mesti aku terasa nak jeling sekilas. Siapa suruh cantik sangat?
Baru baru ini aku minta tukar tempat duduk. Mulanya Nuha duduk di kanan aku. Betul betul di bawah aircond yang berada di dinding belakang kelas. Waktu dalam kelas mesti aku nampak Nuha selalu gosokkan dua tapak tangannya. Aku tak sampai hati tengok dia sejuk, aku tukar tempat duduk.
Sebab Nuha menulis dengan tangan kanan, aku tak menulis dengan tangan kiri. Aku nak dia selesa. Aku menulis dengan tangan kanan juga. Bagi aku itu bukan satu masalah besar. Aku boleh menulis dengan dua dua tangan.
"Adri"
Makin hari aku makin suka dia panggil nama aku. Kalau macam ni, tak payahlah faham apa apa topik dalam kelas. Tanya aku. Aku boleh tolong.
"Kau nak apa?" aku tanya dia.
Adri! kau jangan tengok.
Sekali pun kau jangan pandang mata dia.
Jangan!
Aku palingkan muka ke kiri. Terhela nafas yang aku tak sedar dari tadi aku tahan. Cantiknya mata Nuha.
"Aku tak faham yang ni" Nuha tolak buku depan aku.
Aku baca soalan yang Nuha tunjuk. Inilah satu masalah budak pendek ni. Waktu orang lain sibuk nak hantar waktu itulah sibuk tanya orang minta tolong ajar. Baru kelam kabut nak buat. Mujur ada waktu kosong macam sekarang. Kalau Sir Ghaz hadir hari ni mesti tak sempat nak siapkan.
Rasa macam nak marah tapi tak sanggup. Aku tolong juga dia. Terangkan satu per satu dari awal sampai habis. Kemudian aku suruh dia buat semula.
"Just like that?" dia pandang aku lepastu pandang bukunya semula.
Aku tarik nafas dalam dalam. Nak bagi otak aku ni berfungsi sikit. Biar darah bawa oksigen laju sikit ke otak. Tak adalah sel sel otak aku jadi lembab. Asyik terfikir yang bukan bukan.
"Just like that. Benda ni bukannya susah"
Jeda.
"Why? You want more baby?"
Terangkat terus kepala Nuha pandang aku. Bulat matanya. Tadi bukan main tunjuk riak comelnya depan aku. Nak sangat aku balas. Bila aku dah cakap macam tu, berubah terus muka.
Tahu pun nak behave. Dah lama aku perhati budak ni. Tak padan kecil, clumsy tak boleh bawa bertenang.
"Tak. Aku gurau. Tak payahlah buat muka macam tu" ujarku.
Takut pula budak ni dengan aku nanti.
Aku jeling Nuha sekali. Mula berfikir dalam kepala. Kalau aku ajak keluar, agaknya Nuha nak ke tak? Tapi nanti aku tak tahu nak bawa Nuha pergi mana. Aku manalah pernah pergi dating. Girlfriend pun tak ada. Takkanlah aku nak tanya Ezril. Matilah aku kena bahan dengan dia nanti. Mulut mamat tu boleh tahan pedas kalau menyindir.
Tak apa Adri. Tanya aje dulu. Benda tu fikir kemudian. Baru aku nak buka mulut tanya Nuha, Daniel datang di meja aku.
"Kau free tak hujung minggu ni?" Daniel menyoal.
Jarang aku sibuk waktu cuti. Tapi aku tetap malas nak keluar. Kalau bukan aku belajar dan main game, mesti aku tidur. Tak pun tengok movie di televisyen. Selalunya aku ajak Ezril main game.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romansa[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...