♔ NAUFAL ADRI ♔
"What is this, Zorion?"
Aku tunduk. Tak mampu nak melawan pandangan tajam Fatima. Dah tahu aku masih tak dapat puaskan hatinya.
"Kenapa markah keseluruhan rendah sangat? Kau main main ke atas pentas tu?"
"Tapi Zorry dah buat yang terbaik"
Silap. Aku tersilap.
Tak patut aku buka mulut dan membidas kata katanya sesedap bicara. Sepatutnya aku terima tanpa berkata apa apa.
Satu pukulan mengenai lengan. Agak kuat. Hingga kakiku menginjak ke sisi beberapa tapak. Kemudian satu lagi pukulan hinggap. Dan satu lagi. Dan lagi. Lagi.
"Sia sia aku ajar kau selama ni kalau ini yang aku dapat. Menyesal aku lahirkan kau. Sepatutnya aku biarkan kau mati, Zorion" kata Fatima.
Kertas di tangannya digulungkan dan diketuk atas kepalaku. Oleh hanya kerana ia beberapa helai kertas membuatkan aku tak terlalu merasa sakit.
Mungkin juga lengan aku masih sakit akibat jadi mangsa pukulannya tadi. Aku jangka esok pasti akan naik warna kebiruan di tempat pukulannya tadi.
"Kau ni bodoh tahu tak? Aku tak faham kenapa Delilah nak sangat aku ajar kau. Senang sangat, kau pergilah ikut dia balik Mexico. Kau hidup di sana. Aku tak mahu jaga kau"
Kertas tadi dibaling ke muka. Tak sakit. Lebih kepada terkejut.
"Hidup pun menyusahkan aku!" Jerkahnya.
"Zorry minta maaf"
Fatima tolak tubuhku menggunakan tongkatnya. Betul betul mengenai dada.
Sakit.
Satu, sakit di dada. Kedua, sakit di belakang badan kerana aku terjatuh akibat tolakannya.
"Itu aje yang kau tahu? Maaf maaf maaf. Tak pandai nak perbaiki diri sendiri. Yang kau tahu cuma maaf. Memang anak tak guna" cemuhnya lagi.
Tongkat di tangannya tak duduk diam. Dibanting banting ke tubuhku. Mengenai badan dan juga kepala.
"Berhari hari aku ajar kau, masih gagal! Kau nak jadi apa hah? Kau tu lelaki, bukan perempuan"
"Ma...sakit"
"Tahu sakit? Kau tahu tak betapa sakit hati aku bila aku dapat anak macam kau? Lagi sakit tahu tak? Sama bodoh dengan bapak kau"
Tanpa sedar perbuatannya dah menarik perhatian manusia yang berada sekeliling kami. Penonton dari dalam hall masih belum keluar sepenuhnya. Pasti mereka nampak dari pintu keluar.
Yang pasti semuanya terpinga pinga. Tak memahami apa yang sedang Fatima marahkan dan tak mengerti apa yang aku balas.
Ya, mereka nampak. Cuma lihat. Bagai apa yang terjadi sekarang ini adalah hal biasa.
Seorang ibu memukul anaknya menggunakan tongkat. Menjerkah dengan suara tinggi. Menyembur carutan dan kata kata kesat. Apa memang semua ni tiada makna?
Mereka hanya tunjukkan muka simpati. Muka kesian. Yang perempuan dah menekup mulut dengan tangan. Yang lelaki cuma beri pandangan kosong tak beriak.
"Kau memang tak sayang aku! Kau lagi suka tengok aku merana. Memang kau tak nak aku sihat semula? Kau lagi suka aku sakit macam ni?" Hamburnya lagi.
Terasa cecair pekat mengalir dari kepala turun ke dahi. Jatuh di lantai.
Darah.
Tak guna aku meringkuk menahan sakit. Aku bangun dan melutut di depannya. Memeluk kedua dua kaki Fatima. Melepaskan tangis di situ.

YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...