7

608 28 0
                                    

↢ NAUFAL ADRI ↣

Dua hari.

Dua hari aku tak ke sekolah. Cukup seminggu aku ponteng. Dengan satu panggilan telefon dari cikgu. Aku terus matikan telefon. Biarpun begitu aku terima kerja dari Ezril. Mujur lelaki itu sudi tutup mulut dan beri kerja pada aku. Tak banyak bunyi bila aku tak jawab soalan yang dia tanya.

Aku percaya Ezril. Aku berkawan dengan Ezril pun dah lama. Dia pun dah tahu perangai aku. Kalau aku dah mula pulaukan orang sekeliling mesti ada benda tak kena.

Memang ada benda tak kena. Bila ujian dijalankan Faizal beritahu aku ada penyakit. Terasa berhenti sekejap dunia yang sedang berputar. Rasa berat dalam hati ni tak terungkap. Aku rasa kosong. Dah nampak lembah kematian depan mata. Tinggal aku terjun ke dalamnya.

Dalam rasa kosong dalam diri, fikiran aku penuh dengan suicidal thoughts. Satu per satu cara muncul dalam kepala. Aku cuba elak. Hukuman Tuhan itu berat. Aku tak nak jadi malaikat nak tarik nyawa sendiri.

Kenapa hidup aku macam ni? Tak cukup dengan trauma yang buat aku letih berlari. Sekuat mana aku cuba melupakan. Makin kuat perasaan itu datang. Menimpa aku yang sedia lelah dengan hidup. Aku dah letih nak galas dengan semua tekanan. Setiap masa aku rasa numb.

It's too pain until you can't feel anything but numb. All those feelings I shows are fake and I'm tired of it. I just to feel something.

Something.

A feeling. Any of it. I don't care what kind of feeling but a feel. So I can experience something different in my life.

Bunyi dentingan mengganggu lamunanku. Ada satu notifikasi dari Ezril. Dari Discord. Macam mana Ezril tahu aku tengah main game?

Aku buka mesejnya. Berkerut kening aku bila aku baca ayatnya. Tak faham kenapa nak kena bagi tahu aku pasal benda ni.

Ezril: Nuha tanya pasal kau.

Tak rasa aku nak balas. Jadinya aku biarkan mesejnya. Discord tak macam WhatApps. Boleh detect orang dah baca ke belum. Lagipun aku dalam mode invisible. Ezril tak tahu aku tengah online.

Kemudian satu lagi mesej masuk. Dari Ezril juga.

Ezril: Aku tahu kau baca. Nak ikut main Apex. Tunggu aku balik.

Untuk sesaat aku rasa bodoh. Terang terang ditunjuk apa aktiviti yang aku buat. Kenapa bodoh sangat ni?

Aku cuma balas 'okay'. Seketika aku nampak Ezril online kemudian offline. Tanda Ezril dah baca mesej aku.

Tapi... Nuha tanya pasal aku?

Aku nak tanya Nuha kenapa tanya pasal aku. Bila aku teringat yang aku tak ada nombornya jadinya aku matikan niat aku. Takkan aku nak mesej dari akaun sosial media aku? Kantoilah.

Aku Na Ae!

Kalau di sekolah aku tak sukakan perhatian dan kontroversi. Aku muncul di media sosial sebagai Na Ae. Buat satu akaun anonymous. Post gambar dan sebagainya. Tanpa wajah. Buat masa sekarang ni tak ada lagi yang panggil aku Na Ae bila aku keluar di tempat public.

Masa aku di ward, aku ada hantar gambar tangan. Menunjukkan IV Drip yang melekat. Aku bukannya apa. Aku cuma bosan. Dua hari aku terperap dekat ward. Tak ada benda yang aku boleh buat. Faizal suruh aku tidur. Tapi aku ni jenis susah nak lelap. Aku cuma tidur waktu aku betul betul mengantuk. Waktu aku tak mengantuk memang aku akan berjaga.

Satu per satu komen aku baca. Nak hilangkan bosan punya pasal. Aku nak keluar jalan jalan dalam hospital si Faizal tu tak bagi. Dia kata takut aku lari. Tak ada kerja aku nak lari. Kalau dah wallet aku masih dia pegang, macam mana aku nak lari? Buatnya kena tangkap polis tak ke naya?

HIS OBSESSION: NUHAWhere stories live. Discover now