┌──────── ∘°❉°∘ ────────┐
You ruined everything good
Always said you were misunderstood
Made all my moments your own
Just f****** leave me aloneBillie Eillish - Happier Than Ever
└──────── °∘❉∘° ────────┘
♕ ARZALNA NUHA ♕
"I'm sorry"
Maaf? Maaf untuk apa? Apa maksud Adri? Untuk apa dia meminta maaf?
Terngadah aku memandang wajahnya. Cuba mencari anak mata gelap milik Adri. Namun sepasang matanya tertutup rapat. Rapat hingga aku tak mampu memandang ke dalam matanya yang menawan seperti beberapa saat tadi. Aku tak dapat lihat kasih sayang dan cinta yang jelas tergambar melalui pandangannya.
Cuma hembusan nafas hangat menampar muka. Pendek dan agak laju. Memberitahu keinginan yang sedang melanda diri tika ini. Seiring dengan sepasang mata itu akhirnya terbuka.
Aku mengharapkan Adri akan memandangku penuh kasih. Kali ini pandangan itu tak lagi sama. Andai tadi Adri matanya terbias cinta dan nafsu. Sekarang sudah berubah. Yang ada cuma pandangan kesal. Seakan akan kecewa. Berat renungan yang dilemparkan padaku.
"I'm sorry baby. I just couldn't. We can't do that" Adri melepaskanku dan tegakkan semula tubuhnya. Butang jeansnya yang sudah terbuka juga dibetulkan.
Bingkas aku duduk. Menahan rasa sebal di dada. Aku tarik baju yang terdampar di hujung katil dan tutup bahagian depan tubuhku yang terdedah. Rasa macam bajunya besar. Mungkin baju ini punya Adri.
Hati siapa tak geram. Selangkah lagi kami bergelar suami dan isteri sebenar benarnya tapi semuanya mati di tengah jalan. Tadi Adri sendiri yang tak putus mengungkapkan cinta sambil mengucup seluruh wajahku. Selain dia menyatakan keinginannya.
Tapi semuanya tipu. Dusta belaka.
Hampir aku lupa perbalahan kami tadi. Api kemarahan aku tadinya dah hampir padam sepenuhnya. Namun kerana penolakan ini, aku kembali marah. Marah yang lebih marah dari sebelum ini.
Adri berdiri dan raup wajahnya dengan kasar. Kemudian tangannya naik ke kepala. Menguak rambut sendiri. Berubah semakin kusut yang dari tadi sudah tidak kemas. Sudah menghala bermacam macam arah.
"Baby... I'm sorry. It's not the right time yet" perlahan suara Adri. Bernada kesal.
"What do you mean?" balasku laju.
"We just couldn't. Adri tak boleh. I'm sorry"
Sorry kepala abah dia!
Aku ambil satu bantal berhampiran dan baling ke tubuhnya yang tak dibaluti sebarang fabrik. Kalau tak mengingatkan situasi kami sekarang ni memang aku dah puji badan cantik Adri. Tapi apakan daya. Dah tak nampak dah body toned dia tu. Dah tak nampak lawa dah.
Aku nak melepaskan geram. Sumpah terasa diri aku ni dipermainkan.
Tak pernah aku terbayang yang Adri akan menolakku. Sekali pun aku tak pernah terfikir dalam benak fikiran yang Adri akan buat aku begini.
"Kenapa tak nak?" Aku bertanya. Menahan getaran suara. Sebelum marahku meletus lebih baik aku tanya elok elok. Mana tahu nanti marahku reda bila dah dengar penjelasan Adri.
"Adri bukan tak nak tapi Adri tak boleh. It's two different thing. I just couldn't"
"For what reason?"

ANDA SEDANG MEMBACA
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...