♔ NAUFAL ADRI ♔
Seperti yang aku janjikan. Aku bawa Nuha balik kampung. Awal awal aku dah maklumkan kedatanganku pada Nek Niskiah. Bukan main seronok dia.
Tapi aku tak kata Nuha tu isteri aku. Yang aku cakap cuma aku nak kenalkan dengan pilihan aku.
Nek Niskiah tu bukan boleh bila nampak perempuan tak bertudung. Lagi lagi yang tak pandai masak dan kemas rumah. Nanti panjanglah omelannya.
Aku tak nak Nuha dengar. Nek Niskiah itu ada keturunan Jawa kasar. Kalaulah ada benda yang dia tak puas hati memang dia terus cakap depan depan.
Hati kau lembik, jangan mimpilah mampu nak dengar sampai habis. Silap silap menangis dekat situ.
Nuha pun setuju untuk tutup mulut. Bila aku cerita tentang Nek Niskiah terus dia setuju. Takut kena makilah tu.
Lagipun aku cadang nak tidur di rumah Pak Teh. Tak adalah Nek Niskiah tahu. Setakat nak melawat waktu siang, bolehlah. Tak tahulah kalau dia minta aku bermalam di sana juga.
Rumah Pak Teh dengan Nek Niskiah bukannya jauh. Hanya berjarak beberapa meter. Kalau berdiri depan rumah Pak Teh, dah boleh nampak rumah Nek Niskiah. Jalan kaki pun tak sampai lima minit. Hanya berjarak dengan parit dan sawah.
Tak lama nak sampai ke kampung. Lagi pula hari ni Khamis. Hari orang bekerja. Belum masuk cuti sekolah. Jalan masih lengang.
Bersungguh aku datang ke pejabat. Cari Teacher Haida. Guru kelas Nuha. Bincang elok elok minta Nuha dikecualikan untuk hadir lepas exam.
Ingatkan dah cukup baik aku mengelat. Di hujungnya kantoi juga aku dah menikah dengan Nuha. Mujur Teacher Haida tak baling aku dengan kerusi.
Padanlah dia selamba aje bertanya. Gaya macam tak kisah. Sambil bincang, dia ada tanya serba sedikit tentang kehidupan kami lepas aku habis sekolah. Agaknya aku ni tak berapa peka dengan tricknya.
Itulah orang kata, sepandai pandai tupai melompat jatuh ke tanah juga. Dengan selamba wanita itu senyum manis dan cakap 'Nuha tu isteri awakkan?'.
Nganga aku dekat situ. Hilang ayat aku. Dia punya tepat tu memang betul betul mengenai sasaran. Bullseye!
Buat masa sekarang ni hanya Teacher Wani yang tahu dan aku harap dia seorang yang tahu. Nak bagi tahu pada orang kena tunggu si pendek tu habis test dulu.
Nuha... Nuha. Semua sebab dia seorang.
Hanya berselang beberapa jam dan kami tiba di rumah Pak Teh Husaini walaupun agak lewat petang. Jam dah hampir jam tiga petang.
Di satu tempat tadi jammed sikit. Lekat jugalah. Sekarang ni aku Zohor pun belum. Jalan perjalanan ke sini kiri dan kanan cuma parit. Aku manalah familiar sangat. Ini pun sebab Faiq bagi jalan. Celah mana nak cari masjid.
Matikan enjin dan keluar. Elok aku tutup pintu, aku nampak pintu rumah terbuka. Berdiri seorang remaja perempuan. Ada selendang biru gelap di atas kepala.
Berubah teruja wajahnya bila dia nampak muka aku. Lebar senyumnya.
"Abang!"
Faqilah. Adik si Faiq. Kali terakhir aku jumpa dia waktu itu dia masih suka berendam dalam parit. Sekarang dah besar. Dah jadi anak gadis.
"Mak! Abang Adri datang" kuat Faqilah melaung dari pintu.
Rumah Pak Teh ni boleh tahan besar. Dua tingkat pula tu. Tanahnya luas. Boleh dikatakan berharta juga. Sawahnya berhektar hektar. Belum cakap kandang lembu dan kambingnya. Tak termasuk ladang kelapa sawit lagi. Senang cakap kiranya Pak Teh ni orang kayalah di sini.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...