♕ ARZALNA NUHA ♕
Tak sampai hati nak kejut. Adri nampak lena dalam tidurnya. Buat aku rasa serba salah nak kejut dia bangun.
Adri letih. Aku tahu dia letih. Di sini pun tak reti duduk diam. Macam macam yang dia nak buat.
Sebab sekarang pak teh sibuk uruskan sawah bendangnya yang akan dituai maka suami aku tu pun sibuk nak ambil tahu. Ikut pak teh ke sana ke mari buat kerja. Kadang kadang dibawanya aku sekali.
Petang tadi aku ikut Adri tengok lembu dan kambing ternakan pak teh. Aku fikir kandangnya biasa biasa. Rupanya lembu pun dah berpuluh puluh ekor. Kambingnya beratus ratus.
Saiz lembu pak teh bukannya kecil. Aku tak tahulah baka apa. Besar dah macam bison. Takut aku nak tengok secara dekat. Memang aku duk menyorok belakang Adri. Tak lepas pegang baju dia.
Dalam keadaan macam ni pun aku ada dengar Adri nak ikut jejak pak teh. Turut mahu ada ternakan. Lepas isyak tadi aku nampak Adri dan pak teh duduk di beranda luar sambil berbual. Sengaja aku curi curi dengar. Sebab aku tahu kalau aku tanya Adri nanti dia takkan bagitahu.
Bila hasilnya dah menjadi baru dia cerita satu per satu. Bagaimana usahanya untuk mencapai hasil yang telah dicapainya.
Aku rasa serba salah. Sebagai orang yang paling dekat dan paling hampir dengannya, aku tak tahu sekuat mana usahanya. Aku tak dapat nak menyokongnya dari belakang. Tahu tahu aku dapat sebahagian dari hasil itu.
Bukan aku nak kata Adri di berahsia. Tidak. Adri tak berahsia langsung dengan aku. Tapi itulah perangainya.
Dia tak mahu aku turut susah. Dia tak nak aku tertekan.
Macam yang aku baru dapat tahu dari Razman. Tentang perancangan Adri mahu membeli OLIZIR dan meletaknya di bawah namaku.
Pada mulanya memang aku terkejut besar. Aku tak pernah minta pun OLIZIR itu jadi hak milik aku. Aku tahu itu pada mulanya milik arwah abi dan aku ini anaknya. Tapi aku tak minta apa apa. Tiada bukti sah yang Qhuzair mahu turunkan OLIZIR untuk aku.
Sekali datang Adri terus berubah seratus peratus. Mengubah segala galanya. Katanya itu adalah hak milik aku dan sepatutnya menjadi milik aku dari dulu lagi.
Baru aku faham kenapa Razman boleh lepaskan aku pada Adri. Kali ini aku sudah faham sepenuhnya.
Yes, he's different. And he's extra.
Kalau Adri kata dia tak bijak dan bukan genius. Aku akan kata tidak. Setiap perbuatannya menunjukkan dia berfikir jauh ke depan. Cara pemikirannya sangat berbeza dengan remaja seumuran.
Faiq yang sudah berumur dua puluh dua itu pun tak berfikir sejauh ini. Tak sematang pemikiran Adri.
Aku sangat bersyukur kerana dah ditemukan dengan Adri. Menjadi seseorang yang sangat rapat dengannya dan menjadi orang yang terpenting dalam hidupnya.
Tipulah kalau aku tak jatuh sayang pada suami sendiri. Lagi lagi lelaki sebaik Adri.
Adri betul betul mengotakan janjinya. Dia kata dia tak mahu sentuh aku selagi aku belum cukup umur. Dan janji itu ditunaikan. Hingga hari ini, tak pernah sekali pun dia minta haknya. Sesuatu yang kedengaran agak mustahil.
Lelaki dan perempuan sudah berstatus halal. Tidur sekatil. Sebantal. Juga saling menyayangi antara satu sama lain. Pasti akan mengundang perasaan.
Adri... Adri. Peliknya perangai.
Perlahan aku alih tangannya yang melingkar di atas tubuh. Tak mahu Adri terjaga. Kesian suami aku penat.
Sebelum turun dari katil, aku cium sekilas pipinya. Malu nak buat waktu dia sedar. Aku ciumlah dia waktu dia tidur. Lagipun Adri bukannya susah nak tidur. Ada aku dekat sebelah dia, tak sampai dua minit dah lena.

ANDA SEDANG MEMBACA
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...