18

455 31 1
                                    

↤ NAUFAL ADRI ↦

Tengah sedap jamah roti Sir Liam bagi, budak pendek ni terkedek kedek datang dekat aku. Tengok muka dia mesti teringat hal malam tadi. Pertama kalinya aku keluar dengan dia.

Lepas Isyak malam semalam aku plan nak rehat tapi sebab Aniq bagi cadangan suruh aku ajak Nuha keluar jadinya Lutfi dan Zoey pun sekepala. Paksa aku bangun dan ajak Nuha keluar.

Aku ikutkan jugalah walaupun tak yakin Nuha setuju akan ikut. Awal awal aku dah cakap tentang itu tapi waktu tu aku dah siap ganti baju. Lutfi dengan rasa tak bersalah kutip dompet dan telefon aku. Lepastu dia tolak aku keluar bilik dan kunci pintu.

Kenalah aku cari Sir Liam untuk pinjam kereta. Nasib baik juga Sir Liam bagi walaupun aku kena isi minyak kereta dia sebagai syarat.

Bukan main berdebar aku tanya Nuha malam tadi. Separuh hati nak dia terima dan separuh lagi nak dia tolak. Bila dia suruh aku tunggu, terasa terlepas beban di bahu. Rasa teruja pun ada.

Walaupun hanya dua tiga jam tapi aku dah rasa senang. Aku jadi seronok nampak Nuha mula selesa dengan aku. Senyum dan tawanya tak dipaksa. Aku boleh nampak dari air mukanya.

How I'm gonna tell her that she looks so beautiful? I put her name in second place as the most beautiful girl in my life.

Tak pernah seumur hidup aku kongsi cerita tentang diri sendiri. Selalunya aku akan mengelak dari topik itu. Tapi malam semalam berbeza. Nuha dah tahu tentang Fatima.

Yeah. It feels like date.

Kalau tak aku nak ajak Nuha makan tapi Nuha tak mahu. Katanya tak nak susahkan aku. Padahal aku tak rasa macam tu pun. Sejak dua tahun lepas Hashim dah bagi bahagian aku dan cipta satu akaun bank untuk aku. Jadinya setiap tahun aku ni free-free dapat duit.

Semua aku dah ada. Aku tak tahu nak buat apa dengan duit dalam bank. Paling jauh aku upgrade PC. Itu ajelah.

Aku makan di rumah. Pergi sekolah ada Cik Man tolong bawa. Tak ada girlfriend. Nak shopping? Dua almari dalam bilik aku tu dah penuh dengan baju. Jam? Satu laci koleksi jam tangan aku. Tinggal pilih nak pakai yang mana satu. Aku ni jenis agak sensitif dengan bau jadinya minyak wangi aku hanya dua jenis yang aku boleh terima.

Memang duit tu dah jadi barang tak bernilai dekat mata aku. Dekat mana aku nak habiskan duit aku?

Aku ni extrovert tapi kadang kadang aku cepat bosan dan jenis malas nak jumpa orang kat luar. Kalau aku rajin barulah aku akan keluar. Nak hilangkan bosan punya pasal. Aku pelik. Aku ni extrovert atau introvert?

"Good morning. Makan apa tu?" Nuha duduk sebelah aku.

Tadi keluar bilik dan terus duduk sini. Di tempat menunggu di kawasan lobi. Mulanya ada dua orang duduk di hujung tapi bila aku duduk sini, seorang pun tak dekat. Takut dengan aku ke macam mana?

Sampai hari ni aku tak mengidam lagi nak jadi canibal. Kenapa nak takut dengan aku?

Yang tak tahu takut budak pendek ni je.

"Bread. Peanut butter"

"Peanut butter" Nuha ejek aku.

Aku jeling dia. Aku nampak Nuha tengah kemam bibir menahan tawa. Seronoknya ejek aku. Kira nasib baik aku ni waras lagi.

"Do not mock my british accent"

Yes, I pull both of them. I can use british and american as well. Kadang kadang bercampur campur. Aku hentam ajelah.

HIS OBSESSION: NUHATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang