Belek muka di cermin memastikan tiada sebarang bulu yang tertinggal. Dah bercukur barulah nampak lagi kemas. Lama tak tengok muka sendiri bersih macam ni. Harap harap si kecil tu kenal siapa aku. Jangan tiba tiba aku bercukur hari ni dia tak kenal pula. Jadi kerja nak membela jambang.
Tuala kecil yang tergantung aku ambil dan lap ke muka. Kemudian aku gantung semula lepas menggunakannya. Dah jadi habit lepas jadi duda. Semua benda kena buat sendiri. Mata pula dah jadi pantang tengok benda bersepah.
Kaki menapak keluar dari bilik air. Berjalan ke almari baju. Bawa keluar jeans hitam dan sehelai kemeja putih. Sebelum sarung seluar, aku pandang dulu ke persekitaran bilik sebelum menanggalkan tuala. Kosong.
Dah yakin barulah aku sarung baju dan seluar. Tangan capai tali pinggang dan pasang di seluar. Sebelum menguncinya, hujung kemeja diselit ke pinggang seluar kemas kemas. Dua butang teratas dibiar terbuka.
Kira okaylah ni.
Aku capai gel rambut. Memicitkan sedikit di tangan dan mula menyapu ke rambut. Dah selesai barulah aku capai sikat rambut.
Ini Em punya. Lantaklah! Kisah pula aku. Macamlah dia kisah kalau aku terguna barang dia. Bukannya luak pun. Tak ada aku nak guna sikat dia sampai patah.
Langkah perlahan lahan aku undurkan sebelum aku duduk di hujung katil. Sepasang stoking berwarna kelabu dah siap tersedia. Ini mesti Em punya kerja. Aku baru nak tarik rak dari bawah katil. Terus aku ambil dan sarung di kaki.
Aku berdiri semula. Capai botol minyak wangi dan sembur di beberapa bahagian tubuh. Wangi semerbak satu bilik bau minyak wangi aku.
Telinga menangkap bunyi pintu berlaga dengan dinding. Laju aku menoleh. Satu tubuh kecil dan pendek terkedek kedek menapak masuk. Sesekali dia terjatuh dan bangun semula. Tangan sentiasa mendepa. Tak reti duduk diam.
Tak padan baru dapat kaki. Mulalah nak berjalan tak tentu hala. Sampai banyak tempat di rumah ni nak kena letak pagar kecil. Terutama sekali di tangga. Risau si kecil ni tergolek jatuh ke bawah.
Aku hanya pandang dia sedang meniti di tepi katil. Selagi budak tu tak buat apa apa, aku biarkan. Biar dia explore dengan sendiri.
Kaki berjalan ke almari semula. Tarik keluar satu kot kulit labuh dan mafla. Selepas sarung kot labuh, aku hanya letak mafla di atas bahu tanpa menyimpulnya. Kemudian aku terus tangkap budak kecil tak tahu duduk diam ni.
Kuat tawanya memenuhi ruang bilik. Makin kuat dia ketawa bila aku cium lehernya. Cukup aku geram dengan pipi gebunya. Kalau dia ketawa sampai hilang mata bulatnya. Dah tak nampak sepasang mata kelabu yang cantik.
Dia ikut mummy dialah tu mata kelabu. Nasib baik rambut ikut aku. Cumanya budak kecil ni hanya ada sebelah lesung pipit.
Umurnya hampir mencecah setahun. Tapi dah laju berjalan walaupun masih memerlukan sokongan. Mulut pula suka mengomel. Bercakap dalam bahasanya yang aku tak faham tapi aku suka melayan. Bunyinya comel.
Anak siapalah ni. Comelnya. Dengan rambut diikat macam pokok kelapa atas kepala.
Yang pastinya bukan aku yang ikat. Kali terakhir aku tengok budak ni pagi tadi waktu dia tidur lagi. Rambutnya dilepas bebas. Tak diikat. Ini sah dia panjat baby cot dia. Itu sebab dia boleh keluar.
Tak padan perempuan. Kecil kecil dah pandai memanjat. Dah macam membela anak lelaki pula. Dengan mainan pun dah macam budak lelaki. Apalah nasib.
Sambil mendukungnya, aku capai beg galas dari tepi kerusi dan sandang di bahu. Langkah dibawa turun ke tingkat bawah. Kaki menapak dengan berhati hati. Tumpuan lebih diberi pada si kecil dalam dukungan. Melayan mulutnya yang kadang kadang macam murai tercabut ekor. Seronok sangatlah bercakap yang buat orang tak faham.
"Do you want to breakfast here or I pack the food for you?" satu suara menegur dari belakang.
Aku pusingkan badan. Wajah ceria itu mengukir senyum manis. Ia makin melebar saat melihat si kecil dalam dukungan aku.
Bila tangannya meminta, aku beri padanya. Kini budak kecil itu berada dalam dukungan wanita di depan aku. Aku membetulkan tali beg di bahu.
"Nak Em betulkan mafla ke?"
"Tak payahlah. Tahulah saya ikat sendiri nanti"
Kepalanya dianggukkan. Mengerti dengan maksudku. Gilalah kalau tak faham. Aku dah menduda empat tahun kut. Dah terlebih pandai jaga diri sendiri. Apalah sangat setakat musim sejuk yang baru bermula di Edinburgh.
"Nak breakfast dulu tak?" Em tanya lagi.
"I'm running late right now"
"Tak apa, Em dah siap bungkus" katanya.
Eloklah tu. Terlajak pula tidur tadi. Tak sempat nak makan di rumah. Lagipun aku memang jarang makan di rumah. Aku selalu makan di luar gara gara kerja.
Terus Em ambil bungkusan makanan dan masukkan dalam beg tanpa disuruh. Kemudian zip ditutup semula.
"Xander!" suara dikuatkan sedikit.
Tak lama datang seorang kanak kanak lelaki dari dapur. Laju dia berlari. Mujur kaki sempat brek. Kalau tak dia berlanggar dengan aku.
"Daddy nak pergi work?" soal Xander polos.
"Yes. I'm going to work. Make sure you be a good boy okay? Jaga mummy dengan adik"
"Okay daddy!"
Tubuhnya aku peluk erat dan kucup dahinya. Setelah bersalaman, aku berdiri semula. Kali ni bersalam dengan Em pula. Namun aku tak turunkan kucupan di dahinya. Aku masih belum boleh lagi nak buat macam tu.
Tak menunggu lama, aku gomol pipi si kecil dalam dukungannya. Terkekeh kekeh dia ketawa. Suka betul kalau orang cium dia.
"Take care Em" aku usap atas kepala Em.
"Awak pun sama"
Aku terus keluar. Sarung kasut but di kaki. Satu lambaian aku berikan pada mereka. Tawa aku lepaskan bila Em pegang tangan halus si kecil itu dan digerakkan seperti tengah melambai padaku.
"Say goodbye to daddy, Nuha. Kita doa daddy selamat dan semua urusan dipermudahkan. Next week kita jumpa daddy lagi"
Tak menunggu lama, aku terus tutup pintu.
You lie.
Why did you lie to me, baby?
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...