✼ARZALNA NUHA✼
Setelah menenangkan diri, aku keluar semula. Adri tak tipu bila kata dia tunggu. Aku nampak Adri tengah tengok telefon di tangan.
Kepalanya terangkat bila nampak aku buka pintu. Saat pandangan kami bertemu, aku berikan dia satu senyuman tipis.
"Are you feeling better hermosa? Nak apa apa tak? Minum ke? Makan?"
Aku geleng. Aku tak perlukan apa apa. Aku nak Doktor Ayumi. Itu aje. Lepas balik ni aku akan terus ke kliniknya.
"Sit here" Adri tepuk kerusi kosong di sebelahnya.
Aku rasa ragu ragu tapi sebab aku percaya dengan nurse yang berada di dalam bilik tadi aku duduk juga di sebelahnya. Tapi aku sengaja beri jarak antara aku dan dia.
Aku lebih selesa untuk mengatup mulut. Membiarkan suasana sunyi menyelubungi. Adri pun senyap tak bersuara. Mungkin dia beri aku ruang untuk aku rasa selesa.
"Kenapa kau tunggu?" Aku tanya dia.
"Saja. Aku bukan aktif bersukan pun"
Rasa nak cebik. Dah berapa kali aku lalu di laluan di bawah pejabat tu aku dah baca semua artikel yang tertampal. Ada gambar Adri terpampang. Entah berapa kali Adri jadi wakil sekolah dalam sukan dan akademik. Aku pun tak ingat.
"Kau pergilah kelas. Nanti orang cakap kau ponteng" kataku.
"Selama ni aku ponteng tak ada yang tahu pun. Tak ada hal pun" balas Adri.
Aku pandang dia.
"Kau ponteng?"
Adri senyum kecil dan angguk.
"Kalau waktu ni sebelum rehat. Aku buat buat ikut cikgu lain. So masing masing ingat aku still attend class. Buat masa sekarang ni tak ada cikgu yang tahu lagi aku skip class" terang Adri tanpa disuruh.
"Kau ponteng buat apa?"
"Sama ada aku datang sini atau aku pergi bilik muzik. Tidur"
Nak ternganga aku dengar jawapan selambanya. Waktu di sekolah pun boleh tidur. Ingat ni sekolah bapak dia?
Ini ke punca kadang kadang ada cikgu cari Adri tapi tak jumpa? Ada juga sekali dua cikgu tanya aku sama ada aku nampak Adri atau tak di waktu rehat. Itu rupanya kerja dia. Dia fikir dia anak raja ke nak tidur dekat sekolah?
"Macam dekat rumah tak tidur" kataku.
"I'm having hard time to fall asleep cariño. Bila aku mengantuk, aku akan terus tidur. Tak kira pukul berapa pun. For me untuk bersukan satu jam lebih tu membosankan. Aku mengantuk, jadinya aku tidurlah"
"Kenapa susah?" Soalku.
"I have traumas. Those killing me and forcing me to stay awake for the entire time. Long short story, I have insomniac nights for these years"
"Sejak bila?"
Adri angkat bahu.
"Aku tak sedar. Tahu tahu aku dah jadi macam ni" Adri sandarkan tubuh di kerusi.
"Tak jumpa doktor?"
Adri pandang aku.
"For what? I'm fine" Adri silangkan tangan di dada.
"Just asking. Seems like you need help to cope with it" balasku.
Senyap.
"This the punishment I get because I disobey to her. Aku terima. Memang salah aku. Buat masa sekarang aku tak rasa lagi nak jumpa psychiatrist" ujar Adri.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...