71

390 21 0
                                    

[EXPLICIT WORDS]


♕ ARZALNA NUHA ♕

Tak semena mena Adri campak tubuhku ke sofa. Sebenarnya dia tak campak pun. Adri hanya meletakkan tubuhku sedikit kasar. Menyebabkan aku terhenyak di atas sofa.

Aku tak marah tapi lebih kepada perasaan terkejut. Sebab ini pertama kali Adri buat begini padaku. Selama ini yang Adri tunjuk adalah kelembutan.

Terkedu untuk beberapa saat. Otak tak mampu nak memproses sebarang maklumat. Terlupa rasa sakit kecewa di dalam hati. Lagi lagi melihat Adri yang sudah marak dijilat api kemarahan.

"You such a troublemaker!" kuat suara Adri memetir.

Terangkat sedikit bahuku mendengar suaranya. Habislah nanti jiran sebelah dengar. Memanglah aku tak kenal sesiapa yang tinggal di aras ini tapi tak elok nak menganggu ketenteraman mereka.

Sudahlah saling tak kenal. Kena pula jadi saksi pergaduhan kami suami isteri. Sedikit sebanyak buat aku rasa kurang senang.

Aku pandang Adri. Berani melawan pandang dengannya.

"I'm troublemaker? Habistu Adri tu apa? A barbarian?" balasku.

Bila ingat balik pertengkaran kami sebelum balik tadi memang cukup untuk buat darah aku naik hingga ke kepala. Dia fikir bila aku dengar dia cakap macam tu aku akan menangis tak berkesudahan?

Ini Nuhalah. Less drama. More action.

Hidup aku mudah. Kau tak nak aku. Kau boleh pergi. Aku takkan halang. Bukan aku boleh kawal perasaan manusia.

Ego nombor satu. Soal hati dan perasaan nombor dua.

"Mind your words, little girl. Jangan cabar Adri"

"Jangan cabar apa? You like her right? Pergilah sana! Buat apa duduk depan Nuha? I'm nothing to you. Kejarlah ex girlfriend Adri tu!" Aku membalas.

"I have no ex girlfriend, cariño. We have nothing!"

"Then, why you mad? Aren't you have feelings to her?" Cantasku laju.

Aku gali nafas dalam dalam. Cuba menenangkan diri. Mengingatkan akal waras yang api tak boleh dilawan dengan api. Aku perlu bertenang.

"Jujurlah dekat Nuha. Dekat mana Adri letak Nuha dalam hidup tu. Tell me!"

"Listen here. You're my wife. Even I still have feelings to her, I'll never let you go and I'll never get back with her. I already have you" Adri menjawab.

"Yelah, isteri. Cuma isteri atas kertas. Isteri dalam kad nikah tu. Realitinya? Kita ni macam tak ada apa apa. We never talk about our future. Jangan jangan Adri cuma gunakan Nuha untuk move on"

Adri naikkan tangan ke kepala. Meraup rambutnya dari depan ke belakang. Rambut coklatnya nampak kurang kemas. Sudah hilang kekemasannya. Namun masih tak mencacatkan rupanya.

"We were nothing. Not even friends!" Kata Adri.

"And what's the feelings for? Hmm?"

Adri diam.

Kebisuannya membuatkan aku bertambah kecewa. Membuatkan aku rasa yang sekarang ni aku salah. Seolah olah aku menghalangnya jalannya. Kalau betul Adri ada feelings pada Eisya, maknanya aku dah menganggunya. Aku adalah orang ketiga. Orang yang dibenci dan dipanggil dengan pelbagai gelaran yang menyakitkan telinga dan hati.

Sebelum ini aku tak pernah tahu bagaimana hidup Adri dan masa lampaunya. Lelaki itu terlalu sukar untuk aku baca. Sangat berahsia. Walaupun dah berbulan aku menjadi isterinya tapi masih lagi aku tak tahu banyak perkara tentang Adri.

HIS OBSESSION: NUHATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang