↤ NAUFAL ADRI ↦
Entah kenapa hari ini terasa letih. Biasanya aku akan terus bangun bila dah terjaga sebelum alarm berbunyi. Tapi aku tidur balik. Terasa penat sedangkan aku baru bangun tidur. Nasib baik Mak Cik Salmah ketuk bilik aku. Kalau tak memang hari ni aku terlepas satu hari. Dahlah ada presentation. Habislah aku kena marah nanti sebab tak datang.
Badan terasa penat tapi aku gagahkan juga untuk bangun, mandi dan bersiap. Selesai kemas barang, aku terus turun. Letak beg di atas sofa dan aku terus ke dapur.
Sambil berjalan aku kuak rambut ke belakang. Aku malas nak pakai gel. Mata aku ni nampak je bekas gel itu tersusun di rak tepi cermin bilik air. Tangan ni rasa berat nak angkat dan ambil. Jadinya, aku biarkan rambut aku tak digel. Terpulanglah apa nak jadi.
Masalah aku ni satu aje. Waktu rajin, memang aku rajin. Tak tidur tiga hari pun masih semangat. Waktu malas, aku nak bangun dari katil pun tak mahu. Kerja nak tidur aje.
Bukan aku buka aib sendiri tapi kenyataan. Cuti hari minggu tempoh hari, waktu Mak Cik Salmah balik ke rumah dan aku seorang diri ke rumah. Tiba tiba datang mood rajin. Dari sarapan sampai makan malam aku masak sendiri. Selalunya tak ada pun macam tu. Kalau pagi, aku akan cari biskut atau buat roti bakar. Tunggu petang sikit barulah keluar cari makan. Bila malam aku order food delivery aje. Bukan malas tapi aku tak nak masak kalau setakat nak makan seorang. Kalau rajin, suruh masak makanan kucing pun aku sanggup.
"Lambat turun hari ni" satu suara perempuan menegur.
Tak perlu pandang pun aku dah tahu siapa. Dari aku mula duduk rumah ni Mak Cik Salmah yang jadi peneman. Hashim jarang balik rumah. Banyak aku habiskan masa dengan wanita itu. Kalau setakat nak tengok aku tak berbaju tu memang dah tak kisah dah. Aku membesar dengan dia. Waktu aku demam masa darjah 6 pun Mak Cik Salmah yang teman. Aku dah anggap Mak Cik Salmah macam mak aku sendiri.
"Terjaga lambat. Nasib baik mak cik ketuk tadi" aku balas.
Kerusi ditarik dan aku labuhkan duduk diatasnya. Aku rasa tak kuat nak berdiri lama lama. Selalunya aku tolong untuk siapkan sarapan tapi kali ni aku penat. Aku ambil keputusan untuk duduk di meja.
"Patutlah rambut tak kemas macam selalu. Tie pun tak ada"
Bila dengar 'tie' aku terus pegang kolar baju sendiri. Kepala tunduk pandang dada. Tak ada tali leher. Butang pun tak sampai atas. Aku terlupalah ni.
"Nantilah saya naik ke bilik sebelum keluar" aku tegakkan semula kepala.
"Nak mak cik ambilkan pun boleh"
"Tak payah. Saya boleh ambil sendiri" aku halang. Benda mudah macam ni pun takkan aku nak harapkan wanita ni. Mak Cik Salmah ni dah berusia. Nak naik turun tangga tu lagi.
Aku kesian bukannya apa. Tiap hari aku tinggal untuk ke sekolah pun aku terfikir keadaan wanita itu di rumah. Buat kerja seorang diri. Rumah ni bukannya kecil. Ini bukan banglo. Ini mansion!
Kalau aku nak jalan dari bilik ke dapur untuk isi air dalam botol pun malas, ini pula Mak Cik Salmah. Aku tak faham macam mana rumah ni boleh kekal bersih setiap hari. Waktu hujung minggu waktu aku sendiri, pernahlah aku bersihkan. Baru siap bahagian bawah pun dah letih. Belum naik tingkat atas.
"Kalau Adri dah cakap macam tu tak apalah. Mak cik tak marah pun kalau nak suruh ambilkan" Mak Cik Salmah duduk di kerusi berhadapan denganku.
"Takkan saya nak susahkan mak cik"
Aku ukir satu senyum palsu. Entah kenapa aku rasa tak terhibur hari ni. Selalunya aku akan jadi diri sendiri bila dengan Mak Cik Salmah. Aku takkan sorok apa apa. Tapi hari ni sebaliknya.
![](https://img.wattpad.com/cover/276879544-288-k884546.jpg)
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...