♔ NAUFAL ADRI ♔
Duduk dilabuhkan di atas kerusi. Tubuh aku sandarkan dan satu nafas panjang aku lepaskan. Terasa lega.
Dari pagi aku sibuk. Kelas pun tak masuk. Memang awal pagi lagi aku dah menghadap setiap cikgu yang mengajar dan memberitahu yang aku skip kelas hingga hari karnival dilangsungkan.
Telefon dari dalam poket aku bawa keluar. Terasa asing.
Aku belum dapat lagi telefon aku dari Nuha dan aku tak nak minta pun. Biarlah dia guna telefon aku.
Hari aku bagi Nuha pinjam telefon, aku terlupa. Kad sim aku letak dalam poket kot. Mujur aku tak basuh lagi dan gantung di almari. Waktu aku teringat nak guna telefon baru teringat. Kalut aku cari semula.
Bising Mak Cik Salmah bila aku tak balas mesejnya. Kenalah aku selongkar kotak untuk cari koleksi telefon lama aku.
Orang lain kumpul nendoroid. Ada yang kumpul figurine. Ada yang kumpul beyblade dan sebagainya.
Perangai aku pula simpan telefon. Tak banyak pun. Dalam lima hingga enam biji. Aku simpan dalam kotak kasut atas almari. Sebelum ini aku letak di laci nightstand.
Sebab Mak Cik Salmah selalu membebel tanpa aku tahu sebabnya, jadi aku simpan dalam kotak kasut. Selalunya dia membebel aku buat tak dengar. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Kalau diingat semula, dah dekat seminggu telefon aku di tangannya. Aku janji nak bagitahu Razman pun aku tak tunaikan. Sengaja buat buat lupa.
Aku cuma janji akan bagitahu tapi aku tak cakap bila waktunya.
"Phone baru ke?"
Ezril duduk depan aku. Siap bawa kerusi. Diikuti dengan Daniel dan seorang lagi pelajar tingkatan lima, Syahmi.
Jelas ketara aku guna telefon lain. Sebelum ini telefon aku warna hitam. Kali ini warna navy blue. Jangan tanya kenapa mereka tahu. Sebab aku tak suka telefon aku ada casing. Berat.
"Phone lama" jawabku ringkas.
"Aik? Phone kau mana?"
Aku pandang Ezril sesaat sebelum kembali tumpukan perhatian ke skrin telefon. Hari tu aku dengar dia dah tanya Nuha tapi Nuha tak jawab. Sekarang dia tanya aku.
"Orang pinjam" kataku.
"Nuha ke?"
Aku diam.
Ezril tak adalah bodoh mana nak menyambungkan titik titik cerita aku dan Nuha. Aku yakin dia faham. Kawan dengan aku dah lama mestilah dah tahu perangai aku.
"Ohh okay" balas Ezril. Dia buat muka.
Lupa nak bagi tahu yang Ezril ni saksi. Dia nampak aku lari keluar dari kelas di hari jadi Nuha. Dia orang kedua yang masuk dalam kelas. Dah tentu dia dah tahu kerja siapa yang bagi Nuha hadiah. Tapi anehnya, dia masih tutup rapat mulutnya.
"Cakap pasal Nuha, kau memang kenal dengan dia ke sebelum ni? Aku tengok kau macam rapat dengan atuk dia" Daniel pula bersuara.
"Tak. Aku cuma kenal atuk dia"
"Ingatkan kau dah lama kenal. Mana tahu dari sekolah rendah ke" kata Daniel.
Buat lawak agaknya. Waktu sekolah rendah aku mana ada kawan. Semua tak nak bercakap dengan aku. Jadi, sekarang ni aku tak ingat satu pun nama classmate waktu sekolah rendah dulu. Muka pun tak ingat.
Tak tahulah kalau ada yang masih ingat aku. Tapi tak mungkinlah. Aku dah warna rambut kut.
"You know there's something fishy between you two?" Ezril pandang aku.

YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...