♕ ARZALNA NUHA ♕
"Kau nampak tak Adri tadi?"
"Gila kau tak nampak. Handsome gila macam tu mana boleh tak perasan"
"Kan? Makin hari makin handsome aku tengok"
"Kalaulah dia jadi boyfriend aku memang aku sorok elok elok. Memang tak aku nak bagi orang tengok"
Panas ya?
Hangat aje hati aku sekarang ni. Tak padan baru umur empat belas dah menggatal. Adri yang berkenan dekat aku pun aku tak menggatal dengan dia.
Sorry to say, I already win. You just in his abandoned direct message but I'm the one in his heart.
Cakap pasal Adri, hari ni aku tak nampak dia lagi. Biasanya hari event macam ni dia busy. Macam macam benda dia buat.
Senang cerita memang sibuklah. Majlis mula nanti barulah kerja dia berhenti. Agaknya.
Kadang kadang aku kesian tengok dia. Tapi Adri tak pernah cakap tidak kalau ada mana mana cikgu minta bantuannya.
Aku pandang Yana. Date dengan cik akak inilah hari ni. Kirah dengan Sarah aku tak tahulah mana berdua tu pergi.
Seperti kebiasaannya ada mesej masuk. Dah tentu dari Adri. Tak perlu tengok pun aku dah tahu.
Babyyyy, forgive me
I love you. I swear
I miss you so muchTengok Adri hantar mesej itu dekat aku teringat perempuan dua orang tadi. Patut ke aku tunjuk untuk bagi dia terbakar?
Nak flex juga.
Dia fikir aku rapat dengan Adri tak ada apa apa ke? Sebelum aku tertarik dekat dia, Adri yang suka aku dulu.
Tak payah cakap panjang panjang. Bahasa mudah, I'm his first choice and i'll never be his second.
"Sudah sudahlah marahkan Adri tu. Dia dah menyesallah tu"kata Yana.
Mestilah dia nampak skrin telefon aku. Dia duduk sebelah aku aje.
Sebab kami empat orang kawan dari kecil. Rapat. Sangat rapat. Tak ada lagi kejadian khianat atau sebagainya. Setakat gaduh merajuk sikit sikit itu adalah.
Kami dah jadi satu keluarga. Parents kami saling mengenali. Saling bertolak ansur. Sebab itu tiada rahsia antara kami. Kalau ada apa apa mesti nak share.
Ketiga tiga orang sahabat aku pun bukannya mulut tempayan. Rahsia adalah rahsia.
Mereka dah tahu apa yang jadi tapi aku tak cerita semuanya. Aku cuma cakap yang Adri marah aku. Itu aje.
"Dia bersungguh tu. Kalau tak, takkan sampai hari ni dia nak minta maaf. Fikir logiklah Nuha. Maafkan ajelah"
"Aku terasa hati"
Yana pegang bahu aku.
"Aku tahu apa yang kau rasa. Aku faham sangat. Tapi sekarang ni Adri tu bersungguh minta maaf dekat kau. Tak pernah miss nak mesej kau. Dalam sehari dia call dah berapa kali. Fikirlah elok elok"
Aku diam. Berfikir.
"Pasal Dhaeem haritu pun kau marah dia. Dia tu dah tolong kau tahu? Simpanlah bodoh tu sikit" sambung Yana.
Ya tak ya. Aku ni lembab sikit nak fikir logik ni. Terlalu ikutkan hati dan perasaan. Fikir hati aku seorang.
Kami cuma berselisih faham. Adri bersungguh minta maaf walaupun kejadian yang dah jadi itu bukan salah dia. Mungkin berpunca dari aku yang terlalu lemah.

YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...