↤ NAUFAL ADRI ↦
Pintu bilik aku tarik supaya tertutup rapat. Kemudian aku berjalan ke satu bilik. Hanya memijak jubin yang berwarna kelabu sahaja. Walaupun ia berselang dengan jubin berwarna cerah tetap saja aku mahu buat begitu.
Bukan sekali dua aku buat begitu. Dah banyak kali. Setiap kali tertangkap di mata Fatima mesti dia akan tegur supaya aku jalan elok elok. Tapi aku masih lagi ulang perkara sama setiap kali aku menuju ke bilik hujung.
Langkah aku buka luas luas untuk sampai ke jubin kelabu seterusnya hingga aku berhenti di satu pintu kayu. Sayup sayup aku dengar dua suara wanita galak bersembang dan ketawa bersama bunyi melodi piano.
Saat aku tolak pintu suasana jadi senyap. Tiada suara wanita ketawa. Tiada melodi piano.
Aku kaku di muka pintu apabila dua kepala sedang memandang ke arahku. Beriak kosong tanpa emosi. Lihat dari dua dua wajah tanpa senyuman cukup buat aku gerun. Lagi lagi dua wajah itu sama!
"Mari Zorion" ajak salah seorang yang berdiri di sebelah piano. Berbahasa Sepanyol.
Aku teringat saat klon pada Fatima berdiri di muka pintu. Aku memandangnya tanpa kelip. Terkejut tengok ada orang lain berwajah sama dengan Fatima. Hampir aku meraung menangis bila wanita itu tundukkan tubuh untuk kucup dahi aku. Mujur Fatima terlebih dahulu datang dan menenangkanku.
Yang aku ketahui adalah namanya Delilah Vellouis. Wanita berambut coklat. Pendek separas bahu. Serba serbi sama dengan Fatima namun Delilah ada tahi lalat di hujung bibirnya manakala Fatima tiada. Saat Delilah tersenyum tampak lebih menarik dan manis.
Menerima ajakannya jadinya aku menapak masuk ke dalam bilik itu. Bilik piano Fatima. Ada masa mesti Fatima akan masuk ke sini dan main piano di waktu lapangnya saat dia tidak bekerja.
Cukup aku tahu Fatima adalah seorang guru piano. Hari bekerjanya tak banyak. Hanya beberapa hari setiap minggu. Bakinya dia di rumah. Melayan karenah aku.
Selalu aku ikut dia ke rumah pelajarnya. Apa yang aku buat cuma duduk di penjuru dan lihat Fatima mengajar. Aku tak dibenarkan untuk mengganggu. Biasanya aku akan bawa buku untuk dibaca.
Kerana aku tak pandai untuk bersosial. Aku takut untuk berdepan dengan orang. Kerap kali dibuli bila berdepan dengan kanak kanak seumuran. Membuatkan aku takut tapi masih degil nak berkawan.
Melihat Fatima tepuk kerusi di sebelahnya bagai menarikku untuk duduk di atasnya. Jadinya aku ikut kata hati dan panjat kerusi itu untuk duduk.
Jakun aku tengok note hitam dan putih di depan mata. Walaupun sekali tak pernah Fatima bagi aku sentuh pianonya. Apa yang aku buat cuma lihat dan dengar.
"Dia boleh main piano ke?"
"Tak. Aku tak ajar dia lagi"
"Ruginya. Dia nampak berpotensi"
Aku cuma dengar dua wanita ini bercakap macam aku tiada di situ. Sikit pun aku tak dongak pandang mereka. Selalunya aku akan dongak untuk pandang muka orang yang tengah bercakap dengan aku. Papan hitam putih di depan aku lebih menarik perhatian aku.
"Cubalah main sikit dan suruh dia ulang. Mana tahu dia boleh jadi juara nanti. Aku dengar pelajar kau belum ada yang masuk mana mana pertandingan"
"Okay"
Aku dongak pandang Fatima. Sekarang? Dia nak aku main piano ni sekarang?
"You want play it?"
Angguk.
Tipulah kalau aku tak teringin. Setiap kali tengok Fatima dan pelajar pelajarnya main buat aku rasa aku juga mahu main juga. Tapi itulah... Tak pernah dapat peluang.
"Hear and watch okay?" Fatima betulkan duduk. Dua dua tangan dah bersedia di atas papan.
Melodinya perlahan dan lembut. Cukup dengan beberapa note dimainkan aku dah kenal lagunya.
Twinkle twinkle little star
How I wonder what you are
Twinkle twinkle little star
How I wonder what you are
Up above the world so high
Like a diamond in the sky
"Now it's your turn" kata Fatima.
Bagaimana tangannya tadi? Di mana note yang betul? Aku patut mula dari mana? Perlu ke tekan note di bahagian ini?
Aku pandang Delilah. Wanita itu senyum dan buat aksi seolah olah beri semangat untuk aku. Jadinya aku tunduk semula pandang papan hitam putih itu. Mula menekan nekan secara rawak. Betul ke yang aku buat?
Ingat lagunya Zorion!
Lagu. Ya. Lagu. Aku perlu menggerakkan lagu dan melodi dengan seiring. Jadinya aku ikutkan kata hati. Tekanlah mana mana note asalkan aku dengar bunyinya sama.
"Look at him! He has potential" kata Delilah.
Aku pandang Fatima. Saat pandangan kami bertemu dia usap atas kepalaku.
"Aku sibuklah. Tak cukup masa nak ajar"
"Kau nak sia siakan potensi anak kau sendiri? Chance never come twice Karen"
"Nantilah aku fikir"
Semuanya bermula dengan pujukan Delilah. Kerana kata katanya memakan fikiran waras dan logik Fatima.
Hinggalah....
"You piece of shit. Estúpido!"
Aku terjaga. Perlahan aku bangun dari pembaringan dan raup muka. Dalam keadaan itu aku termenung. Memikirkan semula mimpi yang aku terima.
Betapa aku ingin ulang semula masa dan mengelak untuk sentuh alat muzik itu. Andai aku tahu inilah penghujungnya, aku takkan setuju. Aku takkan jenguk Fatima dan Delilah. Aku tak ingin nak keluar dari bilik.
Lima tahun.
Selama lima tahun itulah aku menahan telinga dan hati mendengar caci maki Fatima. Belakang tubuhku selalu terkena hujung tongkatnya.
Tiap kali aku salah atau tersilap pasti aku dihambat macam binatang. Punca aku gerun setiap kali Fatima buka mulutnya setiap kali aku berlatih.
Kerana aku juga dia seksa diri sendiri hingga sakit. Berulang kali bergerak dari rumah ke hospital tak kira masa. Menjadikan kesihatannya untuk meniup semangat aku.
Kononnya dia akan sihat jika aku berjaya kalahkan peserta lain dan dia tidak akan sihat jika aku gagal. Kerana aku masih mentah, aku ikutkan permintaannya.
Aku menambah jam waktu latihan. Dalam kepala tiada perkara lain selain impian untuk jadi juara.
Lima tahun. Selama lima tahun itu aku percaya dengan kata katanya walaupun bingung kenapa Fatima masih dimasukkan ke hospital. Hingga satu hari aku lepaskan semuanya.
But today I realized as I think about it. Everything she said was a bullshit. She'll never cured. She's dying.
Because of me.
Maka Hashim betul. Aku jadi punca Fatima pergi tinggalkan kami. Aku jadi sebab Fatima menyeksa dirinya sendiri.
Nak mohon maaf dan ampun, dah terlambat. Terlalu lambat. Tiada apa apa peluang untuk aku mohon keampunannya atas dosa yang aku telah lakukan padanya.
I keep saying I hate helpless and hopeless person. I forgot that I turn into one.
°。°。°。°。°。°。°。°。°。°。

ANDA SEDANG MEMBACA
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...