80

596 18 0
                                        

♔ NAUFAL ADRI ♔

Belum apa apa, aku didakap Delilah. Tak cukup dengan itu, aku dipeluk dengan Ash pula. Terpancar cahaya kegembiraan dari wajah mereka. Disertakan dengan senyuman yang manis di bibir. 

Delilah pegang wajahku dengan kedua dua tangannya. Kini aku diapit dengan tangan kiri dan kanan. Membuatkan aku terpaksa terus memandangnya dan tak boleh berpaling ke tempat lain. 

"Boy... I'm so happy for you" kata Delilah. 

Aku senyum. 

"Look at you! You look excessively charming" Delilah pandang aku atas bawah sebelum sekali lagi dia tarik aku dalam pelukan. 

Ash hanya tersenyum lihat kelakuan Delilah. Tenang lelaki itu memesan supaya Delilah bertenang. Namun Delilah buat tak dengar. 

"Babe, take a look. My boy has grown up be a fine man. I can't believe he's an adult now. I feel like I just hold you as a baby yesterday. The time running so fast. You're not my baby boy anymore

"Tía... thank you. Banyak tía tolong Zorry sampai ke tahap ni. Tak tahu sama ada Zorry boleh balas atau tak untuk jasa tía. And thank you sebab tía terima isteri Zorry" ucapku. 

"It's fine, my boy. Ini dah jadi tanggungjawab tía untuk tolong Zorry. Tía yang sepatutnya terima kasih pada Zorry sebab setuju balik ke sini dan galas semua ni untuk tía. Sampai Zorry kena berpisah dengan Nuha selama setahun. Maybe I've done something that shouldn't

Ash peluk bahu Delilah dan mengusapnya lembut. 

Memanglah aku dah tak rupa manusia selama setahun berjauhan dengan Nuha. Delilah banyak melawat dan tengok keadaan aku. Dia yang tolong aku bangkit semula akhirnya dia beri cadangan untuk aku bawa Nuha ke sini. 

Jaminan diberi yang semua akan berada dalam keadaan yang baik baik saja walaupun Nuha ada. Kalau bukan kerana dia, tak mungkin Nuha akan ada dengan aku sekarang ni. 

Baiknya, Nuha pun dah jauh lebih matang dari kali terakhir aku nampak dia. Membuatkan aku makin yakin yang dia mampu untuk menerima segala galanya dari aku. Kali ini, aku takkan simpan apa apa lagi. Dah tiada rahsia antara aku dan Nuha. 

"Zorry okay tía. Everything fine here but if it was her, it's better" balasku. 

"Dah tiba masa untuk kami tarik diri. Tía tahu Zorry boleh"

Aku angguk. Faham dengan maksud ayat Delilah. Wanita itu memaksudkan tentang tanggungjawab aku nanti. Tanggungjawab yang lebih besar dari seorang lelaki menjaga seorang perempuan yang bergelar isteri. 

Atas kata kata semangat dan sokongan pelbagai pihak, aku makin yakin. Walaupun aku tahu ia bukan satu benda remeh. 

Sebagai seorang lelaki yang dipercayai dan dipertanggungjawabkan, aku akan jalankan tugas sehabis baik. Selagi nafas aku dikandung badan. Selagi mana aku masih bernyawa. 

"Majlis dah nak mula. Kemaskan tali leher tu" Delilah membetulkan tali leher. 

Aku hanya biarkan. Sememangnya aku anggap wanita itu sebagai seorang ibu. Pertama kerana dia adalah kembaran arwah mama. Kedua kerana layanannya yang ditunjukkan. 

Tali leher yang sedia terikat dibetulkan kedudukannya. Aku kurang setuju untuk gunakan tali leher hitam sebab kemeja aku dah warna hitam. Sepatutnya tali leher perlu warna merah. Biar setona dengan corset vest

Kalau blazer pun dah warna hitam. Tenggelam warna merah. Bimbang tak sepadan pula dengan Nuha nanti. 

Nak aje aku melawan tapi aku diamkan. Kerana ini adalah budi baik Delilah yang menempah. Sama dengan pakaian Nuha. Jadinya, aku redha. Kalau aku cakap lebih lebih nanti apa pula balasannya. 

HIS OBSESSION: NUHATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang