❀ ARZALNA NUHA ❀
"Happy birthday Nuha!"
Nasib baik jantung aku ni kuat lagi. Kaki aku belum sempat nak pijak lantai dah kena sergah. Sikit lagi nak kena heart attack. Kawan kawan aku ni memang doa aku mati awal agaknya.
Aku hela nafas yang tanpa aku sedar aku tertahan dari tadi. Kemudian aku gali nafas untuk sesaat dua menggantikan oksigen yang telah hilang.
Dia orang cakap apa tadi? Birthday?
Nampaknya aku dah terlupa tarikh hari ni. Patutlah driver aku tadi senyum senyum pandang aku dan bagi hadiah. Aku tak pelik sebab dia selalu ada hadiah untuk aku. Itu sebab aku tak fikir apa apa.
"Macam mana kau orang tahu?" soalku. Pelik.
Aku tak pernah lagi share dekat sesiapa. Kecuali yang tiga orang itu dan Dylan. Setiap tahun aku sambut dengan merekalah.
"Sebenarnya kami pun tak tahu tapi ada kotak hadiah dengan bunga atas meja. Impossible birthday Adri sebab birthday dia dah lepas lama dah" terang Amirah.
Aku angguk.
Ada kotak hadiah berwarna ungu. Tak. Bukan ungu tapi phlox. Salah satu warna kegemaran aku. Mungkin orang yang bagi hadiah tu kebetulan guna warna tu.
Ya. Hanya kebetulan.
"Birthday Adri dah lepas?" aku bertanya.
Kenapalah dah lepas. Tak sempat nak sedekah penyakit dekat dia. Nak bagi Adri kena sakit jantung juga. Kalau aku pendek umur, dia pun kena pendek umur. Tak adil kalau aku mati seorang tapi dia hidup lagi. Jahatnya aku. Haha!
"Haah. Birthday dia bulan Januari haritu. 5 Januari. Dialah paling awal antara kami semua dalam kelas ni" Kutika menyahut.
Untunglah masuk tahun baru terus sambut birthday. Dapat sambut awal. Tapi tak rasa tua ke? Kawan kawan lain belum sambut birthday tapi dia yang terlebih dahulu cukup umur.
Adri tua. Haha!
"Nantilah kami plan bagi hadiah. Kau tunggu ajelah" kata Haqul.
"Itulah tu. Nak buat makan makan tak boleh. Tengah puasa" celah Daniel.
Lepastu seorang demi seorang pakat wish dekat aku. Tiba tiba rasa nak menangis. Terharu.
Bersyukur dapat kawan kawan baik macam ni. Tak pernah ketepikan aku. Buat aku rasa macam aku bukan kawan baru tapi kawan lama. Tak macam sekolah aku sebelum ni. Belum apa apa aku dah ditendang ke tepi.
"Thank you so much"ucapku menahan rasa.
Nia peluk aku.
"Nuha jangan nangis" kata Nia.
Seorang peluk aku. Perempuan lain pun ikut peluk sekali. Dah nama pun perempuan. Tak sah kalau tak ada drama air mata. Kena berjejak kasih tengah tengah laluan keluar masuk kelas dulu baru puas hati.
Dah habis drama barulah aku bergerak ke meja kau. Nak tengok siapa yang bagi hadiah. Dari mana dia tahu tarikh hari jadi aku pun aku tak tahu.
Aku capai tiga kuntum bunga ros merah. Ini bunga betul. Bukannya bunga tipu. Aku boleh tahu dari rupa dan teksturnya. Kelopaknya selembut baldu dan halus. Aku bawa ke hidung.
Wangi.
Ada nota kecil di atas kotak.
To: Nuha
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...