24

454 21 5
                                        


❈ ARZALNA NUHA ❈

Adri sebenarnya taklah seteruk mana tanggapan aku padanya. Nampak pendiam tapi mulut boleh tahan becok. Sama naik dengan aku. Dia punya loyar buruk buat aku pecah tawa. Muka nampak lame dan boring tapi sekali dia buka mulut, murai pun boleh tabik. 

"Oh God, I miss this" getusnya seusai tawanya mati.

"What did you miss?"

"Like... You know. How the feelings feels like. It's been a while I can laugh without I force to it"

"You force to it?"

Bulat mata aku pandang dia. Aku tak pernah tahu apa yang Adri dah lalui dalam hidupnya. Dari cara dia bercakap mungkin dia dah lalui satu masa yang menyakitkan.

"It's not important to you know" balas Adri.

"Sorry for asking"

"It's fine"

Aku pandang dia. Aku teliti wajahnya.

Rambutnya semakin memanjang. Dah jelas nampak rambut caramelnya yang tak sampai dua sentimeter. Tak lama nanti mesti Adri akan potong rambutnya dan hitamkan semula rambut.

"Adri" aku panggil dia.

"Hmm?"

"Kenapa sebelum ni kau tak bercakap dengan aku? Kau tak nak kawan aku ke?"

Adri diam.

"Kau suka ke aku kacau kau macam tu?"

Dia tak jawab soalan aku. Malah dia pulangkan soalan pada aku. Meminta aku jawab soalannya.

"Kenapa kau kacau aku?" Soalku.

"I see. You're a smart girl. I have no choice. Let me tell you this. I feel like I doesn't deserve to talk with you based on how I treat you. I think you can befriend with other that have a better attitude than me. And uh- I keep annoy you a lot because I love to see when you're mad. Your blush cheeks. The stare with your big and beautiful eyes. I love that"

Itu aje punca dia suka kacau aku. Sebab dia suka tengok aku marah.

"So, answer my question. It's your turn" sambungnya.

"Kau fun. Easy going. Lagipun kau nampak baik"

"There's no phrase 'looks nice' in this world cariño. Good people can be bad and bad people can be good. Let me remind you that I'm still a man and you're a girl. You barely know me. Mind your own space as I am. Once you push me too far, you'll never see me. But a beast without brain. Remember that"

Sunyi.

"Aku tak cakap aku ni jahat tapi aku pun bukannya baik. Selagi aku masih waras, you're safe with me but I can't guarantee your safety hundred percent. We don't have any bond but friend"

Kelu aku jadinya. Tak tahu bagaimana mahu membalas ayatnya. Adri kalau dah bercakap memang selalu buat aku tergantung tanpa bicara.

"Takkanlah kau nak apa apakan aku"

"We never know mi luna. We never know"

Anak sungai pun berubah ini pula hati manusia. Lagi lagi banyak hasutan ditabur. Makin leka dengan dunia.

Selama aku kenal dengan dia, sekali pun Adri tak pernah cuba nak apa apakan aku. Lagipun Razman percaya dia. Membuatkan aku turut percayakan dia. Tapi hati yang baik juga boleh berubahkan?

Tapi Adri ni nampak aje garang dan menakutkan. Sebenarnya keperibadiannya adalah di sebalik imej. Aku yang baru kenal pun dah boleh nampak.

Adri ni lelaki yang mudah dibaca. Walau wajahnya dah sepesen tapi matanya menunjukkan apa yang dia rasa. Boleh nampak sama ada dia suka atau tidak. Dari perilakunya. Boleh dapat jawapan tanpa bicara.

HIS OBSESSION: NUHATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang