♕ ARZALNA NUHA ♕
Macam mana ni?
Aku dah ponteng dua hari sebab demam dan hanya berselang sehari. Tahu tahu Adri pula yang demam. Ini mesti berjangkit dengan aku.
Awal awal aku dah cakap. Jangan tidur dengan aku. Dia degil. Nak juga tidur peluk aku. Sekarang ni, apa nak buat? Nak marah pun tak boleh. Benda dah jadi.
Biasanya Adri akan bangun lebih awal dari aku. Tiba tiba hari ni aku bangun dulu. Kalau bukan sebab alarm aku berbunyi, agaknya aku dah terbabas kesiangan.
Ingatkan Adri ada berjaga waktu aku tidur untuk siapkan kerja pejabat. Kadang kadang aku terjaga tengah malam. Aku pernah nampak Adri duduk menghadap laptop.
On the spot kena bebel dengan aku. Reaksinya mestilah dia akan sengih dan tutup laptop perlahan lahan. Kemudian ikut aku tidur.
Rupanya tidak. Aku salah!
Adri berjangkit dengan aku. Badannya sangat panas. Merengek rengek dalam tidurnya. Tak henti henti memanggil 'mama'.
Risau jugalah dibuatnya. Sebelum ni Adri tak pernah macam tu.
"Sayang..." Aku sentuh lengannya.
Kedua mata gelapnya terbuka perlahan lahan. Merenungku sejenak sebelum baru dia bangun dari pembaringan.
"Baby... dah pukul berapa?" Adri bertanya. Jelas suaranya lain. Suara orang sakit.
"Dah enam setengah"
Sesaat kemudian reaksi wajah Adri berubah panik. Kelam kabut dia tolak selimut dan bangun. Namun tak sampai beberapa saat dia berdiri, kakinya berhenti. Tangannya naik pegang kepala. Terdengar bunyi mendesis kesakitan.
"Ri... sinilah" aku panggil dia.
"Lewat dah ni, hermosa. Nuha kena makan dulu. Nanti perut awak tu masuk angin"
Dalam keadaan macam itu pun masih berfikir tentang aku lagi. Kenapa Adri tak fikir tentang dirinya sendiri terlebih dahulu? Dia lupa ke yang kesihatan dia pun penting juga.
"Nuha dah makan. Kak Zana belikan breakfast" aku memberitahu.
Adri pandang aku.
Percaya ke tak? Tak percaya pergilah tengok atas meja tu. Masih ada lagi satu bungkus untuk Adri.
Bangun tadi aku dapat tahu Adri demam. Aku call Kak Zana suruh dia belikan sarapan. Dah tahu Adri takkan larat nak bangun masak untuk aku. Kak Zana pun tak cakap lebih. Hanya menuruti permintaanku.
"Betul?" soal Adri.
"Iya. Kak Zana pun belikan untuk Ri juga"
Adri berjalan pula ke dresser table. Dia ambil wallet miliknya dan tarik sehelai. Kemudian dia berjalan padaku. Meletakkan sehelai not berwarna hijau di atas tapak tangan.
Kelip kelip aku pandang Adri. Berapa ringgit aje sarapan Kak Zana beli tadi. Dia suruh aku bagi lima puluh sebagai gantinya?
"Nanti bagi dekat Kak Zana. Ri nak mandi. Nanti nak pergi office" Adri mula melangkah pergi.
Cepat cepat aku tarik tangannya. Mematikan langkahnya. Memaksa Adri berpusing menghadap aku.
"Baby... Adri nak pergi kerja"
"No! Adri tak sihat"
"I'm fine, hermosa" Adri masih berdegil.
Susahnya nak bercakap dengan orang yang tak faham bahasa. Nak aku cakap bahasa ibunda ayahanda dia dulu ke baru nak faham.

ANDA SEDANG MEMBACA
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...