83

1.1K 20 1
                                    

┌───── ∘°❉°∘ ─────┐

I'm still holding on to everything that's dead and gone
I don't wanna say goodbye 'cause this one means forever
Now you're in the stars and six feet's never felt so far


Here I am alone between the heavens and the embers
Oh, it hurts so hard for a million different reasons
You took the best of my heart and left the rest in pieces

Benson Boone - In The Stars

└───── °∘❉∘° ─────┘

♔ NAUFAL ADRI ♔

Aku susun beberapa helai kertas di tangan ke dalam fail. Kemudian, fail itu aku susun elok elok di dalam laci. Memastikan semuanya kemas dan terletak elok barulah aku tutup semula laci. Lepastu aku sambung kemas di tempat lain. Untuk membuang masa yang kosong.

Mengelakkan kepala berfikir yang bukan bukan. Hati aku masih terlalu lemah untuk menerima kenyataan. Akal aku masih pendek untuk berfikir dengan rasional. Setiap kali teringat mesti tekak terasa kelat dan pahit. Susah menelan liur.

Nuha dah menjalani pembedahan. Dah berlalu dah pun. Dah selamat. Semuanya dah selamat.

Tapi aku masih tak dapat terima kenyataan pahit ini. Aku sebagai seorang suami dan seorang ayah tidaklah kuat dan setabah mana. Datang ketikanya, aku jatuh juga. Ada juga masa yang aku down sangat sangat.

Contohnya, macam sekarang.

Hidup aku jadi tak tentu hala. Tak tentu arah. Tak tahu nak fikir apa. Tak tahu nak buat apa. Seolah olah dalam kepala aku ni kosong.

Betul kata orang, tatkala ALLAH mahu menguji, DIA boleh uji dengan bermacam cara. Mengikut kekuatan iman dalam diri, manusia akan bertindak mengikut dasarnya. Kalau iman tu lemah, kau kalah. Kalau iman kau kuat, kau berjaya.

Nampak macam mudah tapi selagi benda tak kena batang hidung sendiri, manusia takkan faham dan mengerti apa makna sebenar benarnya. Ada yang memperkotak katikkan. Ada yang memperkecilkan. Ada juga yang claim sesuatu yang tak pernah dialaminya.

Huh! Manusia.

Aku dah menempuhi selama tujuh jam yang paling lama dalam hidup. Iaitu masa Nuha di dalam dewan bedah.

Dia di dalam. Aku di luar.

Mengingatkan dia cuma ada aku seorang di sisinya membuatkan aku perlu jadi kuat. Aku perlu tabah. Dia tak ada sesiapa di Sepanyol melainkan aku, suaminya. Jadinya, nak atau tak aku tabahkan hati.

Ketika pilihan dihidang di depan mata, terasa masa macam berhenti untuk sesaat. Aku rasa nak pitam. Aku... diberi pilihan.

Dan aku hanya perlu pilih salah satu. Sama ada aku memilih Nuha atau anak kami. Tak tahu sama ada jawapan yang aku bagi salah atau betul. Aku serah segala galanya pada YANG SATU. Aku serah pada DIA.

Jawapannya dah pun aku terima. Membuatkan aku rasa macam langit di bumi ni runtuh menghempap dada. Sakit yang teramat sangat.

Setitis cecair hangat dan jernih jatuh di atas tangan. Ia terus jatuh dan jatuh lagi. Membasahi kertas di tangan. Cepat cepat aku lap dan simpan. Mujur tak terkena tulisan. Kalau tak, ink akan kembang dan mungkin tak boleh dibaca lagi. Jadi kerja nak mengulang untuk kali kedua.

Aku seka air mata. Kepala menoleh ke pintu memastikan tiada sesiapa masuk. Line clear!

Siap di meja, aku kemas di dressing table. Tak banyak yang perlu kemas. Aku tak reti mengemas sangat. Jadinya aku susun ikut sedap tekak aku.

HIS OBSESSION: NUHAWhere stories live. Discover now