78

438 21 0
                                    

Reina - empress / queen / pemaisuri

♔ NAUFAL ADRI ♔

Terasa ada orang menggoncang bahu. Tak terlalu kuat tapi cukup untuk buat aku terjaga dari tidur. 

Tidur?

Bila masa aku boleh tidur pula ni? Macam mana aku boleh terlelap? Padahal aku tengah buat assignment kut! Nasib baik tak comot kena air liur buku aku. 

Awal tahun, aku dapat diterima masuk di University of Edinburgh untuk diploma dalam jurusan business administration. Aku tak dapat menghadiri kelas di sana kerana situasi aku di sini. Awal awal ada pihak di sini yang menyatakan keberadaan aku dan diterima oleh pihak sana. Sekarang ni, aku hanya attend melalui dalam talian. 

Setiap kali ada kelas, aku akan ke hotel yang ditubuhkan di bawah The Vellouis Empire. Kalau ada dekat dengan Nuha memang tak jadi belajar. Jadi benda lain. 

Kalau mata dah nampak isteri depan mata. Mulalah akal terfikir yang bukan bukan. Itu sebab aku keluar dan ke hotel memandangkan di hotel ada penthouse kosong yang boleh dibuat tumpangan. 

Tapi entah kenapa aku boleh tertidur pula kali ni. Dahlah sejak dua menjak ni badan aku rasa letih. Macam tak cukup rehat pun ada. Selalu mengantuk dan penat. Kadang kadang pening kepala. Pagi mesti loya. Tapi tak muntah. Hanya rasa mual. 

Benda tu buat mood aku merudum jatuh. Bayangkanlah macam mana nak survive hidup sehari hari kalau kepala kau sakit. Dah macam orang kena PMS. Kesian juga dekat Ruiz yang kena hadap hormon tak seimbang aku ni. Mujur orangnya baik. Cuma diam bila aku marah. 

Lepastu isteri dekat rumah buat aku makin sakit kepala. Selalu buat buat merajuk dan marah marah manja. Tak tahu suami dia tengah pening. Makin dia buat hal. Nak dimarah, tak boleh. Sudahnya aku layan ajelah.

Dah jadi isteri dah pun. Sayang pun dah sayang. Cinta pun cinta. Takkan nak marah tanpa sebab. Kesian pada Nuha. Nanti dia menangis. 

Aku angkat sedikit kepala. Terkelip kelip mata cuba menyesuaikan mata dengan suasana terang bilik. Tertangkap figura Ruiz yang berdiri di sebelah. 

Selain jadi bodyguard dan driver, jadi tukang kejut pun boleh juga ya. 

"Dah pukul lima, don" kata Ruiz. Dalam bahasa Sepanyol tentunya.

Pukul lima petang. Sekejap sangat masa berlalu. Rasanya kelas terakhir aku tadi jam tiga setengah sebelum aku ambil keputusan untuk menyiapkan sedikit assignment sementara menunggu jam untuk balik. 

"Masa untuk balik. Nanti doña marah" 

Aura seorang Nuha. Bukan aku seorang tunduk pada dia. Malah seluruh pekerja tunduk padanya. Ruiz yang macam singa tu pun tunduk pada Nuha. 

Sebelum Nuha ke sini aku dah beri arahan untuk lelaki tundukkan pandangannya. Tak kira rakyat atau berjawatan tinggi. Yang perempuan pula aku galakkan untuk mereka juga tundukkan pandangan. 

Kalau kau pun tak boleh pandang. Apa lagi menyentuhnya. 

Aku tutup laptop dan kemas buku. Kertas kertas yang bersusun di atas meja juga aku kemas elok elok. Aku masukkan semua ke dalam satu beg. Setelah itu, beg aku galas ke belakang badan. Bersedia untuk balik. 

Setelah memastikan tiada satu barang pun yang tertinggal, aku bangun dan bergerak keluar dengan Ruiz. Kemudian lagi tiga orang ikut serta di kiri dan kanan. 

Tipulah kalau aku tak jadi tumpuan manusia. Tambahan pula di bahagian lobi. Berpasang pasang mata tertumpu ke arah kami. Tapi aku buat tak reti. Konon tak nampak apa apa walaupun rasa tak selesa diescort begini setiap masa. 

HIS OBSESSION: NUHAWhere stories live. Discover now