59

344 17 1
                                    

♔ NAUFAL ADRI ♔

Berselisih dengan Hashim di ruang depan dan aku dapat tahu anak Pak Teh datang. Siapa lagi kalau si bujang tu. Dia datang sekadar nak melawat selama dua tiga hari sebelum balik ke kampung sementara cuti semester.

Kawan tu tua tiga tahun dari aku. Kini sedang menyambung pengajian di salah satu universiti di Sabah. Agak rapat juga dengan aku.

Itu dululah. Sekarang ni masing masing dah besar dan sibuk dengan kehidupan sendiri. Jarang dapat jumpa dan berbual secara bersemuka. Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku jumpa dia.

Nak contact pun jarang sangat. Aku nikah pun tak bagi tahu dia. Sengaja tak nak bagi tahu.

"Haa...itu pun Adri" suara Mariana.

Aku pandang wajah lelaki yang sedang berbual dengan Ardell. Bibirnya mengukir satu senyuman saat matanya tertumpu padaku.

Berbual bertiga macam seronok aje. Belum belum dah bergelak ketawa.

"Lambat bangun Ri. Overtime ke malam tadi? Yalah...orang dah kahwin" tegurnya.

Aku kurang senang.

Mana pernah aku suka bercakap tentang hal dalam kelambu tu. Tak selesa. Dah macam tak ada adab. Kawan kawan aku yang rapat dengan aku tu pun tak ada nak gurau double meaning macam ni.

Aku bukan Melayu tapi aku dibesarkan dengan cara Melayu. Diajar adab dari kecil. Sedikit sebanyak, aku rasa tak selesa.

"Mengarutlah kau" aku membalas.

"Ohh faham. Tak overtimelah ni? Patutlah bini kau bangun awal"

"Kau dah jumpa isteri aku ke?" Aku pandang dia.

Tangannya ditunjukkan pada Ardell. Saat mataku tertumpu padanya, kepalanya tunduk pandang lantai.

"Lawa. Pandai kau cari. Dapat dekat mana?"

Sekali dia salah faham daaa.

"She's not my wife"

"Habis tu? Kau nampak sesuai kut dengan Ara. Sama padan" katanya.

"But she's not"

Aku perasan Mariana senyum sinis. Mungkin dia rasa ada pihak yang menyebelahinya tentang usul reject Hashim dua tahun lepas.

Tahulah Ardell ni bakal isteri tak jadi aku. Makin seronoklah Mariana dengar ada yang kata aku sesuai dengan anak dia. Adalah nanti timbul usul baru dia nak ajak Hashim berdebat.

Sudahlah sekarang ni sejak dia lontarkan ketidakpuasan hati tentang aku menikah dengan Nuha, hubungan dia dengan isteri kesayangan aku tu makin goyah. Makin renggang. Banyak kali aku perasan dia jeling Nuha. Cara bercakap pun makin kasar.

Akulah jadi tukang pujuk Nuha. Lepas dia berbual dengan Mariana mesti Nuha akan mengadu yang wanita ini telah mengguris perasaannya. Nuha akan datang pada aku dan sandarkan kepala di dadaku. Mengadu sambil menangis.

Sekali gus buat aku dan Mariana makin berjauhan. Sudah berbeza tanggapanku padanya.

Takkan sebab Hashim tak jadi nak kahwinkan aku dengan Ardell, dia nak layan menantu sendiri dengan cara macam tu. Dia dah berkasar dengan Nuha.

Kalau bukan janji aku dengan Nuha supaya tak menyakiti sesiapa di rumah ini, memang aku dah halau dua beranak ini dari rumah.

Dia tiba tiba datang dalam hidup aku. Dengan muka tak malu duduk pula di rumah ini. Menumpang kesenangan. Nak ganggu pula keharmonian rumah tangga aku dengan Nuha.

HIS OBSESSION: NUHAWhere stories live. Discover now