♔ NAUFAL ADRI ♔
"Kau boleh duduk tak? Sakit mata aku tengok kau ke hulu dan ke hilir"
Suara Revelli menegur. Kedengaran jelik. Agaknya dia dah jemu tengok aku berkawad dari tadi. Sekejap berjalan ke kanan. Kemudian mengubah hala kaki ke kiri. Kalau lantai ni boleh menipis agaknya dah nampak kesan tanah bumi.
Aku tak boleh duduk diam selagi aku tak tahu di mana keberadaan Nuha. Suami mana mampu duduk bertenang bila dapat tahu isteri tersayang diambil orang.
Dalam kepala aku ni dah terbayang yang bukan bukan. Entah apa yang mereka buat dengan isteri aku. Moga isteri aku dalam keadaan yang baik baik saja. Termasuk anak kami yang berada di dalam kandungannya.
Walaupun berita kehamilannya tak lama dalam pengetahuan aku. Tak sampai dua minggu tapi aku sudah jatuh sayang sedalam dalamnya untuk anak kami. Aku sanggup buat apa saja untuk Nuha dan anak kami.
Jangan kata aku akan beri semua harta dekat dunia ni. Malah aku sanggup mati untuk mereka.
"Aku tak boleh sabar, Vel" balasku.
"Sabar. Banyakkan istigfar. Minta pada Allah. Yakin yang DIA tengah menjaga koroleva. Kalau kau ke hulu dan ke hilir macam tu pun tak membantu apa apa"
"Isteri aku, Vel. Anak aku tu"
"Aku faham perasaan kau, Zorry. Cumanya aku minta kau bertenang. Kami semua ada untuk tolong kau. Kita semua tengah ikhtiar"
Aku panggil Raizo untuk detect kedudukan Nuha dengan lebih jelas. Dah lama dia duduk depan PC tu. Dari tadi bilik ni cuma dipenuhi bunyi papan kekunci dan tetikus. Sesekali erangan Raizo yang tak puas hati.
Mungkin dia tersalah coding. Nak tanya aku bukannya aku tahu pasal benda tu. Tak faham dengan dunia Raizo.
"Zorion, sini banyak pantaikan?" tiba tiba Raizo tanya aku.
Pelik soalan tu. Valencia ni terletak di timur Sepanyol. Betul betul tepi laut. Seperti negeri Pahang yang terletak bersebelahan dengan Laut China Selatan. Cuma Valencia betul betul di sebelah Laut Baleric.
Buat aku tak sedap hati aje. Kemungkinan apa yang terjadi sebenarnya?
"Kenapa?" aku tanya balik.
"Signal code rantai kōgō-sama terhenti di Marina Sud. Signal tu tak bergerak. The place is inside the water. Maybe it's been thrown off"
What the hell?
Sebab tak puas hati, aku menuju ke depan PC. Dengan harapan aku boleh faham apa yang terpampang di skrin. Bukan aku seorang. Revelli pun ikut bangun sama. Turut menjenguk ke skrin PC.
Mujur yang terpampang adalah peta. Ada beberapa coded yang aku tak faham satu pun. Kecuali yang itu. Coded rantai milik Nuha. Berada di Marina Sud. Anggaran aku memang rantai itu berada di dalam air.
Terhela keluhan aku.
"Di Marina Sud cuma tempat pelabuhan dan kawasan kontena. Banyak kawasan yang tak boleh dieksplore orang awam kecuali pelabuhan cruise, bar espresso dengan restoran" kataku.
"Mungkin dia orang dah rancang lama" Revelli menyelit.
"Rancang benda ni? Berapa lama aku simpan isteri aku tu dari media? Berbulan bulan!"
"Kau kena sedar yang kadang kadang orang paling rapat itulah sebenarnya sedang menikam dalam diam. Bukannya aku nak menuduh sesiapa tapi aku nak kau buka mata luas luas. Ini dunia kita sekarang, Zorry. Dunia kita dan dunia orang sangat jauh berbeza. Kau kena faham" balas Revelli. Maksud ayatnya sama macam yang Raizo pernah cakap dekat aku.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...