♔ NAUFAL ADRI ♔
Lama juga Nuha di dalam bilik pejabat infirmary. Aku pula rasa nak putus nyawa tunggu dia keluar.
Tak ada sebarang bunyi. Senyap aje. Ikutkan hati aku nak duduk dalam bilik itu sekali dan tumpang sekaki dengar apa yang dibualkan tapi aku rasa tak selesa. Itu hal peribadinya. Aku tak patut campur.
Tapi tak perlu biarkan aku tunggu di luar begini lama. Menambahkan kerisauan aku.
Aku pandang lagi pintu kayu yang tertutup rapat. Mula terfikir sesuatu. Agaknya pintu itu berkunci atau tidak. Boleh tak aku ketuk dan buka untuk join the club?
Tak perlu. Kena tunggu. Kena sabar.
Sabar punya sabar akhirnya pintu itu terbuka juga. Terus aku bangun dari duduk. Nuha yang baru keluar terkejut tengok aku masih ada dan menunggu.
"Feeling better now?" aku bertanya ingin tahu.
"Thank you"
Nuha senyum.
Entah kenapa aku terikut senyum sekali. Aku tak boleh tengok senyumannya. Mesti nak ikut senyum bersamanya. Seiring dengan jantung aku yang berdegup makin laju. Harap dia tak tahu aku kadang kala nervous bila berada dengannya.
"Kenapa bawa sampai sini?" Nuha tanya aku pula.
"I think she can do something I can't do to you. She might be can do it better than me"
"Aku okaylah. Tak ada apa apa yang berlaku. Im-"
Nuha berdehem seketika.
"Dia pun tak sempat nak buat apa apa"
Aku angguk sedikit. Satu keluhan aku lepaskan. Mujur aku terdetik nak naik ke kelas. Kalau tidak, aku tak tahu apa yang akan terjadi.
"But you sure that you're okay?"
"I'm sure. One more thing, aku nak minta maaf sebab tadi" Nuha meminta maaf. Mungkin sebab dia dah peluk aku tadi.
"Oh- it's fine. Tak perlu nak minta maaf"
Nuha tunduk. Sekilas dia pandang aku sebelum matanya diturunkan memandang lantai.
Perlahan aku capai tangannya dan tarik ke kerusi kosong di sebelahku. Memahami maksudku, dia duduk. Tiada bicara yang diucapkan. Cuma senyap memandang lantai.
Aku nampak dia tenang. Dah tak ketakutan macam tadi. Namun ketenangannya buat aku rasa kurang selesa. Nuha yang aku kenal seorang yang mulut tak pandai tutup. Sepatah aku cakap padanya, berpatah patah kata dia balas.
"Nak aku bagitahu Razman ke? Is he here?"aku pandang Nuha.
Nuha geleng.
"Atuk aku dah balik France"
"Kau nak apa apa ke?"
Geleng lagi.
"I suggest to you stay here for a while until you feel okay. Nurse pun ada aje dekat dalam bilik tu"
Aku bangun. Mengajak supaya Nuha berdiri. Kemudian aku bawa ke satu lagi bilik. Pintunya aku tolak perlahan.
"You can rest here" kataku.
Kaki melangkah masuk ke dalamnya. Mula mencari suis kipas dan remote aircond. Bila dah jumpa terus aku hidupkan kedua duanya. Bila aku pusing ke belakang, Nuha masih berdiri di muka pintu.
Aku menggamitnya datang. Perlahan kakinya menapak. Teragak agak.
"Nak duduk dekat mana?"soalku.
Infirmary ni ada bilik rehat. Dalam bilik rehat bersusun enam katil bujang. Kemas dan teratur. Pasti sentiasa dikemas setiap hari.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
عاطفية[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...