↤ NAUFAL ADRI ↦
Dengan satu balingan ke muka bertabur semua kertas di atas lantai. Semua kertas itu adalah kertas ujian aku.
Automatik kepala aku tunduk pandang lantai. Mula merasa rendah diri. Menyedari yang aku tak mampu nak capai realiti yang sesuai dengan ekspektasinya.
"Benda macam ni pun kau tak boleh buat. Kau bercinta ke apa?"
Aku diam.
Kalau aku menjawab nanti lagi banyak telinga aku menerima kata kata kesatnya. Lagi baik aku diam dan menerima. Tadah setiap kata kata yang dia tujukan.
"Kau fikir bini aku mengandungkan kau dulu benda main main ke? Dia dulu pandai tahu tak? Kalau anaknya bodoh macam ni. Ikut bapak dialah tu. Entah DNA jantan bodoh mana dapat dekat kau ni pun aku tak tahu"
Aku tahu.
Aku tahu aku bukan anak Hashim. Aku bukan darah dagingnya. Sebab dia mahram aku dan nama aku berbinkan namanya jadinya masih ada rasa hormat dalam diri aku untuknya.
Satu perkara yang mungkin aku takkan dapat tahu sampai bila bila. Keberadaan lelaki yang menyumbangkan benihnya untuk membentuk aku dalam kandungan Fatima.
Tak pernah kenal. Tak pernah berjumpa. Tak pernah bersua muka. Tak pernah dengar suara. Namanya pun aku tak tahu. Kewarganegaraannya? Juga aku tak tahu. Tapi dari rupa aku mungkin dia juga berasal dari Sepanyol walau aku lebih mirip jika dibandingkan dengan Fatima.
Eloklah tu. Kalau dia lelaki tak guna, aku tak ingin pun mengaku aku ni anaknya. Aku lagi rela mati dari menerimanya. Kalau disuruh bunuh pun aku akan bunuh dia dengan dua tangan aku.
"Berapa average kau tahun ni?"
"98"
"Exam kali ni?"
"97"
Satu keluhan dilepaskan. Gayanya macam dah betul betul menyesal dia jaga aku sebagai anaknya.
"Kau ni bodoh tahu tak?"
Aku tunduk lagi.
"Kau sedar tak benda tu? Kau ni tak guna. Useless! I didn't see it's worth it to keep you alive"
And I doesn't want to live either.
"Dapat anak bodoh macam tak pernah belajar. Semua benda aku dah bagi. Duit. Harta. Masih tak ubah perangai kau tu! Kau nak jadi apa ni? Kalau sekarang pun kau dah jadi macam ni, besar nanti kau nak jadi apa?"
Hashim pandang aku dengan pandangan jijik.
"Ikutkan hati aku memang aku tak nak bela anak haram macam kau ni. Elok dari dulu aku campak dekat rumah anak yatim. Aku bela pun tak bawa manfaat. Hidup menyusahkan orang. Suruh buat benda mudah macam ni pun tak boleh. Malulah aku nak mengaku kau ni anak aku"
"Saya minta maaf pa"
"Ada aku suruh kau jawab?"
Aku geleng.
"Kau ingat aku balik Malaysia jumpa kau kali ni aku nak bercuti ke? Tak berbaloi langsung kalau sampah macam ni yang kau tunjuk depan aku. Membazir duit aku. Buang masa aku aje! Lagi baik aku duduk dekat sana. Sekurang kurangnya tak adalah aku kena hadap muka kau tu"
Mencerlung Hashim pandang aku.
"Sekarang kau tahu kenapa aku tak turunkan keturunan aku dekat kau. You're nothing. Level kau ni level bawahan. Tak layak pun nak jadi anak aku"
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...