Bersenandung Amanda sambil memasak di dapur. Dia sedang menggaul ayam hingga rata dengan perasa yang ada di dalam kuali.
Nenek Kalsom yang baru melangkah masuk dari pintu dapur dapat mendengar suara Amanda. Menggeleng kepala nenek Kalsom. Dia menapak mendekati Amanda yang masih tidak menyedari kewujudan nenek Kalsom di belakang nya.
Nenek Kalsom mengintai sedikit apa yang dimasak oleh Amanda. Oh, ayam masak merah rupanya.
"Menyanyi lah. Dapat laki tua baru tahu." Tegur nenek Kalsom. Terhinjut sedikit bahu Amanda kerana terkejut.
Menoleh dia memandang nenek Kalsom di sebelah.
"Bila nenek ada dekat sini?" Tanya Amanda dengan menyambung semula menggaul ayam itu.
"Dari tadi lagi aku ada dekat sini. Kamu je yang tak perasan. Syok sangat menyanyi. Hish." Mendengus nenek Kalsom dibuatnya.
"Eleh. Nyanyi sikit je.."
"Dapat lah kamu laki tua."
"Tak kisah lah laki tua pun. Yang penting nanti dia hot dan duit berkepuk. Masyuk." Seloroh Amanda. Selepas itu, terletus tawa dia.
"Kalau ada lah. Tak pun kamu pergi goda kawan-kawan papa kamu. Haa..semua kan berpangkat Dato, Tan Sri lepas tu ada yang pangkat Tengku lagi." Cadang nenek Kalsom melayan kerenah tak betul cucunya.
"Agak lah nek..tua sangat tu. Paling-paling pun tua 3 ke 4 ke 5 tahun dari Manda okay lagi. Kalau yang itu, dah boleh dibuat jadi bapak mertua."
"Pergi lah kamu ngorat anak-anak diaorang."
"Ada yang single lagi?"
"Mana lah nenek tahu. Kamu pergi lah tanya." Amanda menyudahkan menggaul ayam dan selepas siap, dia terus mematikan api dapur. Meluru dia mendekati nenek Kalsom yang duduk di kerusi.
"Nenek sendiri takda calon?" Soal Amanda.
"Takda. Kamu cari sendiri."
"Alah nek..cari kan lah."
"Malas, nenek. Nanti tak kena dengan selera kamu, nenek juga kamu salah kan. Baik kamu pergi cari sendiri." Balas nenek Kalsom dan terus bangun dari duduknya. Langsung naik ke atas.
Baik dia naik atas tengok tv. Malas layan cucu dia ni. Amanda pula membuat muka jengkel bila neneknya tidak mahu melayan dia.
~~~~~
Starich Empire
Dingin suasana antara lima orang pekerja yang sedang berdiri di hadapan Tengku Affan. Semuanya kecut apabila Tengku Affan memandang mereka seakan mahu membaham.
Mata hazel bercampur hijau cair sedikit itu memandang kelima-lima orang pekerjanya dengan cukup gerun. Wais di tepi hanya diam.
"Who made this proposal?" Tanya Tengku Affan memecahkan kesunyian dan kedinginan dengan suara mendatar.
Diam.
"When I ask, I want an answer. Instead of being dumb and not answering my question." Naik seoktaf suara Tengku Affan.
Kelima pekerjanya langsung terkejut.
"Encik Armin." Seru Tengku Affan memanggil salah seorang pekerjanya yang berdiri di di antara lima orang itu.
"Y-ya saya, tengku." Takut-takut Encik Armin menyahut.
"Jawab. Siapa yang buat proposal ni?" Tengku Affan mengulang semula soalannya di dalam bahasa melayu.
Encik Armin melihat rakan kerjanya dahulu sebelum kembali bersuara untuk menjawab.
"Su-Suria, tengku." Jawab Encik Armin.
![](https://img.wattpad.com/cover/341697069-288-k982301.jpg)
YOU ARE READING
MRS NOAH AFFAN [C]
Любовные романыTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...