Sudah dua hari ketiadaan Amanda di sisi Tengku Affan. Sungguh Tengku Affan merasa sunyi. Hidupnya seakan kosong selama dua hari ini. Isterinya tiada.
Tengku Affan mencium baju Amanda. Selama dua hari, Tengku Affan memeluk baju Amanda sebagai peneman dirinya. Semasa tidur juga bantal Amanda selalu dipeluk Tengku Affan.
Tengku Thaqif yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah Tengku Affan sudah melihat sepupunya itu duduk termenung di pondok tepi kolam. Dia berjalan menghampiri Tengku Affan.
"Assalamualaikum." Ucap Tengku Thaqif. Menoleh Tengku Affan memandang Tengku Thaqif yang berdiri di sebelahnya.
"Waalaikumussalam." Jawab Tengku Affan perlahan. Dia tersenyum nipis pada Tengku Thaqif.
"Tu aku ada bawa sarapan untuk kau. Aku belikan nasi lemak dekat gerai tepi jalan tadi." Beritahu Tengku Thaqif sambil merenung wajah sendu Tengku Affan.
"Hmm. Terima kasih." Ucap Tengku Affan.
"Kau okay tak ni?" Tanya Tengku Thaqif.
"Macam yang kau nampak sekarang." Jawabnya ringkas.
"Aku yakin Manda akan balik." Tengku Thaqif menepuk bahu Tengku Affan bagai memberi kata semangat.
"Kau tak curiga dengan mak mertua kau?" Soal Tengku Thaqif ingin tahu.
"Aku dah suruh Alex hantar budak untuk ikut mak mertua aku. Tapi, diaorang kata semua okay. Takda yang pelik." Jawab Tengku Affan tenang.
"Kau yakin ke?" Duga Tengku Thaqif. Tengku Affan mengangkat kedua bahunya tanya tidak tahu.
"Kau pun sendiri tahu mak mertua kau benci betul dengan Manda. Padahal anak dia."
"Entah lah, Qif. Sampai nak bunuh anak sendiri. Gila."
"Suruh anak buah kau pantau mak mertua kau tu ketat-ketat. Jangan sampai ada satu pun kegiatan dia tertinggal. Aku tak yakin dengan mak mertua kau tu. Masa Manda hilang, kita semua berkumpul dekat sini. Mak mertua kau ke mana? Langsung takda. Risau sikit pun takda." Ujar Tengku Thaqif panjang lebar.
Dia pula yang geram tengok Puan Sri Puteri. Hari kejadian semasa Amanda hilang, mereka semua berkumpul di rumah Tengku Affan. Hanya Puan Sri Puteri sahaja yang tiada.
"Aku sendiri pun tak yakin dengan dia. Adam pun tengah cari bukti. Mana tahu memang mak mertua aku yang buat." Kata Tengku Affan.
"Kalau memang betul. Kau nak buat apa?" Tengku Affan mengangkat kedua bahunya.
"Aku serahkan semuanya dekat bapa mertua aku. Bagi aku, cukup aku jumpa bini aku." Tegas suara Tengku Affan.
Tak lama kemudian, Alex datang dengan keadaan tergesa-gesa. Dia berjalan mendekati Tengku Affan.
"Tengku." Alex menunduk sedikit sebagai tanda hormat.
"Ada apa?" Soal Tengku Affan.
"Kami dah jumpa che puan." Tutur Alex sekali nafas. Termengah-mengah dia berlari. Tak sempat tarik nafas lagi terus bercakap.
"Kau biar betul?" Tanya Tengku Affan ingin kepastian. Alex hanya mampu menganggukkan kepala sahaja.
"Dekat mana isteri aku sekarang?" Tanya Tengku Affan tidak sabar.
"Che Puan ada di rumah keluarganya. Tapi, sebelum tu. Tengku kena tengok ini dulu." Alex menyerahkan iPad yang ada di tangannya.
Tengku Affan ambil dan ditekan klip video tersebut. Terpampang lah di mana hari kejadian Amanda hilang. Tengku Thaqif turut melihat.
Ada seorang lelaki bertubuh tegap membuka pintu keretanya dan menarik paksa Amanda keluar dari kereta. Amanda meronta tidak mahu. Tetapi, tetap ditarik sehingga baju di bahagian bahu kanan Amanda terkoyak akibat pertengkaran antara Amanda dengan lelaki tersebut.

YOU ARE READING
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...