Selepas sahaja Tengku Affan menghantar dia pulang ke penthouse. Amanda terus berkurung di dalam bilik. Dia duduk di lantai sambil menyandarkan badannya di katil.
Amanda menarik kedua lututnya merapat dengan dia dan wajahnya disembamkan di antara dua lututnya tersebut. Amanda benar-benar rasa tepuruk.
Tak lama selepas itu, iPhone 14 milik Amanda berdering. Amanda mengambil handphone dari dalam handbag dan dilihat nama yang tertera di skrin. Ternyata Adam.
Amanda menekan butang ikon hijau untuk menjawab. Tapi, sebelum itu dia menarik nafas dalam-dalam bagi menenangkan dirinya.
"Hello. Abang Adam nak apa?" Tanya Amanda selepas menjawab panggilan tersebut.
"Buka pintu. Aku ada depan rumah kau ni." Arah Adam.
"Buat apa datang rumah Manda? Balik lah. Manda takda mood ni." Halau Amanda. Lagipun dia tak nak Adam melihat dia dalam keadaan begini. Dia tak nak susahkan abangnya itu.
"Ivy Nur Amanda. Jangan degil. Kau buka sekarang sebelum aku pecahkan pintu rumah kau ni." Adam menggugut Amanda. Kalau tak diugut, Amanda masih dengan kedegilan dia. Adam dah faham sangat dengan perangai adik dia ini.
Terpejam mata Amanda. Dia betul-betul letih. Tapi, dia tahu. Selagi dia tak buka. Selagi itu lah abang nya akan berbunyi suruh dia buka pintu. Ini kan lagi abang dia dah ugut. Memang nanti dia buat betul.
"Okay, fine. Tunggu depan tu kejap." Mengalah Amanda. Malas nak berdebat dengan abangnya.
Panggilan itu terus ditutup tanpa menunggu balasan dari Adam. Amanda menukar bajunya. Dia memakai hoodie hitam dan legging.
Selepas itu, Amanda keluar dari bilik dan bergerak menuju ke pintu utama rumah. Dia membukakan pintu buat Adam masuk.
Adam yang mendengar bunyi pintu dibuka. Dia berpaling memandang Amanda.
"Kau okay tak ni?" Tanya Adam seraya melangkah masuk ke dalam penthouse Amanda.
Di tangannya ada plastik dan isi dalamnya seperti bungkusan makanan. Nampak macam baru beli.
Amanda menutup kembali pintu rumah dan berjalan menuju ke ruang tamu. Dia merebahkan badannya di atas sofa. Pertanyaan Adam dibiarkan sepi tanpa balasan.
Adam datang ke ruang tamu berserta dengan satu pinggan dan meletakkan di atas meja. Amanda hanya memandang kosong terhadap makanan tersebut walaupun perutnya berkeroncong dari tadi minta untuk diisi. Tapi, dia tiada selera.
"Amanda, aku tanya. Kau okay ke tidak?" Diulang soalannya apabila Amanda tidak menjawab. Amanda hanya berdehem.
"Makan ni. Aku ada belikan untuk kau." Arah Adam dan menunjuk nasi goreng kampung yang dibelikan buat Amanda.
"Satu je ke? Kau punya mana?" Tanya Amanda.
"Aku dah makan tadi." Jawab Adam sambil menghidupkan televisyen.
"Takda selera lah."
"Takda selera tapi, perut berbunyi. Kau jangan nak mengada. Kau tu ada gastrik. Makan." Tegas suara Adam. Mahu atau tidak, dia harus turutkan. Adam takkan berkrompomi soal kesihatan Amanda.
Adam tersangat lah menjaga kesihatan adiknya. Nampak saja dia macam tak ambil berat. Tapi, bila adiknya sakit. Dia lah orang pertama yang akan risau.
Perlahan Amanda bangun untuk duduk dan mencapai pinggan yang ada di atas meja. Dia mula menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
'Sedap.' Puji Amanda di dalam hati.
Mereka berdua hanya senyap. Tiada seorang pun yang bersuara. Adam fokus menonton tv sambil sesekali matanya akan dikalih memandang Amanda.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)