Sudah pukul 11 malam. Amanda membuka pintu bilik dan melangkah masuk ke dalam. Dia melihat Tengku Affan yang sedang duduk di atas katil sambil menyandarkan badannya di kepala katil. Siap bersilang kaki lagi.
Matanya tertuju pada skrin iPad. Tadi katanya dia ada kerja nak kena siapkan. Biasalah. Dah nama pun CEO. Tak pernah lepas dari kerja.
Perlahan Amanda menapak mendekati katil. Dilabuhkan punggungnya di atas tilam. Dia mengintai Tengku Affan sedikit.
'Nak tidur ke tak? Tapi, dia nak ke tidur sekatil dengan aku?' Tanya Amanda sendiri di dalam hati. Ragu-ragu dia nak baring.
Dengan gerakan perlahan dia mengambil bantal dan berura-ura ingin tidur di lantai. Tiba-tiba, bantalnya ditarik Tengku Affan. Amanda terus terbaring. Tengku Affan naik menindih tubuh Amanda.
Menelan air liur Amanda. Tangannya dilekapkan di dada bidang Tengku Affan supaya berjarak dengan dia.
"A-awak kenapa?" Tanya Amanda gagap-gagap.
"Nak pergi mana?" Soalan dibalas soalan.
"Ti-tidur."
"Tidur mana?"
"Tidur ba-bawah."
"Bawah mana?"
"L-lantai."
"Siapa suruh?" Amanda geleng.
"Lepastu buat apa tidur dekat atas lantai? Tak cukup besar ke katil ni?" Tanya Tengku Affan perlahan. Ditatap serata wajah cantik isterinya itu.
"Be-besar. T-tapi, saya ta-takut awak tak se-selesa." Terbata-bata Amanda berkata.
"Ada aku kata aku tak selesa?" Amanda geleng lagi.
"Tidur atas katil. Aku tak izinkan kau tidur bawah. Tempat kau di sisi aku. Bukan bawah aku. Kau tu isteri aku. Bukan orang gaji aku. Faham?" Tegas suara Tengku Affan memberi arahan. Laju-laju Amanda mengangguk.
Tengku Affan menjatuhkan badannya di sebelah Amanda. Dia membetulkan baringan Amanda sebelum menarik duvet untuk menutup separuh badan isterinya.
iPad yang digunakan tadi diletak di atas meja kecil sebelah katil. Selepas itu, dia turut membaringkan dirinya dan menarik Amanda ke dalam pelukan. Terkaku Amanda. Tak tahu nak bagi reaksi seperti apa. Keras dia jadinya.
"Awak, saya.."
"Just sleep, Manda." Pintas Tengku Affan.
"Tapi.."
"I said sleep." Tengku Affan menarik tangan Amanda memeluk pinggang dia.
Amanda masih kaku. Dia turutkan sahaja memeluk pinggang sang suami. Tak lama selepas itu, Tengku Affan mendengar dengkuran halus. Dia mengintai wajah Amanda yang sudah pun lena.
Ditatap dalam wajah Amanda. Tangan dia naik menyentuh dan mengusap pipi Amanda dengan lembut. Selepas itu, bibir dia dilekapkan di dahi Amanda.
Akhirnya, dapat juga dia memiliki Amanda sebagai isterinya. Halal buat diri dia. Tak pernah terduga langsung perkara sebegini akan terjadi dalam hidupnya.
Sesudah itu, dia pun sama ikut lena. Terbuai dalam mimpi. Malam itu, mereka tidur berpelukan. Langsung tidak terlepas.
~~~~~
Tersedar Amanda dari lena. Dia merenggangkan badannya sekejap sebelum membuka perlahan matanya itu. Sudah jam 5 pagi.
Buka sahaja mata, perkara pertama yang dilihat ialah wajah si suami yang tampan. Terbit senyuman manis di bibir Amanda. Dia melihat tangan kekar Tengku Affan berada di pinggang dia.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)