Affan | Amanda : 19

14.2K 402 4
                                        

Amanda duduk sambil menghadap jendela yang terbuka di dalam bilik. Dia menatap langit malam. Tiba-tiba, Amanda teringat kenangan dia bersama dengan Ameline.

Flashback

"Kakak, kakak." Panggil Ameline sambil berlari ke arah Amanda dengan wajah ceria.

"Yes, Alin." Sahut Amanda. Tersenyum manis dia melihat adik bongsunya ini.

"Tengok ni papa belikan Alin mainan baru. Kakak punya pun ada." Tunjuk Ameline kotak mainan barbie yang dibeli Tan Sri Khalil buat Ameline dan diri dia.

"Wah besarnya..thank you, Alin. Ni Alin pilih sendiri?" Ameline angguk beria.

"Pandai Alin pilih. Kakak suka." Kata Amanda.

"Kakak..nanti kita dah besarkan. Kakak akan selalu ada dengan Alin kan?"

"Mesti lah kakak selalu ada dengan Alin. Alin kan adik kakak. Kakak sayang Alin." Luah Amanda dan memeluk adiknya dengan penuh sayang.

Ameline juga membalas pelukan kakaknya itu.

End Flashback

Tanpa sedar, air mata Amanda mulai mengalir. Dia rindu akan Ameline.

"Cepatnya Alin pergi tinggalkan kakak. Alin cakap nak selalu ada dengan kakak. Alin tahu tak yang mama benci kakak? Kakak sunyi Alin..kakak rindu Alin..tsk." Menunduk Amanda.

Sakit dan sesak dada dia mengenang semua kenangan bersama dengan Ameline. Tangan kanan Amanda naik memegang dadanya. Nafas turut terasa pendek.

"Sakit.." Adu Amanda sendiri.

Tengku Affan yang dari tadi melihat kelakuan isterinya pantas kakinya melangkah mendekati Amanda.

Tubuh Amanda langsung diraih masuk ke dalam dakapan.

"Breath in and breath out. Ulang tiga kali." Arah Tengku Affan.

Amanda mengikut arahan Tengku Affan. Dia cuba mengawal pernafasan dan diri agar tenang.

Setelah hampir 10 minit Amanda diam dan menenangkan dirinya. Akhirnya pernafasan dia kembali normal. Tidak seperti tadi yang terasa sempit.

"Affan.." Sayu suara Amanda memanggil Tengku Affan.

"Kenapa?" Tanya Tengku Affan.

Amanda memejamkan mata dan menggeleng perlahan tanda tiada apa. Tengku Affan diam. Tidak mahu memaksa isterinya untuk bercerita. Dia tahu. Sampai masa nanti Amanda sendiri akan buka mulut untuk berkongsi segalanya.

"Dah rasa okay dadanya?" Amanda angguk.

"Jom lah tidur. Dah lewat malam ni. Tak baik. Lagipun esok kita nak gerak awal balik KL." Ajak Tengku Affan.

Amanda hanya mengangguk dan bangun dari duduknya di lantai. Dia menutup tingkap dan berjalan mendekati katil. Dibaringkan tubuhnya di atas tilam yang empuk.

Tengku Affan turut sama membaringkan tubuhnya. Dia melihat Amanda yang baring mengiring membelakangi dia. Tengku Affan merapati Amanda dan memeluk pinggang isterinya dengan erat. Dikucup belakang kepala Amanda sebanyak tiga kali. Sesekali mulutnya mengalunkan selawat.

Amanda terasa tenang sangat. Dia pejam mata sambil menikmati alunan selawat Tengku Affan sehingga lah dia tertidur.

Apabila dirasakan Amanda yang begitu tenang. Tengku Affan mengintai dan mendapati isterinya sudah pun masuk ke alam mimpi.

"Goodnight, sweetheart." Ucap Tengku Affan.

~~~~~

"Nenek.." Merengek Amanda tidak mahu balik ke Kuala Lumpur.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang