Pagi ini Tengku Affan yang menyediakan sarapan buat sang isteri tercinta. Selesai sahaja mereka solat subuh. Terus Tengku Affan turun ke bawah.
Amanda yang baru sahaja turun langsung menapak ke arah dapur. Dia melihat suaminya yang tidak berbaju hanya berseluar pendek sedang bertungkus lumus membuat sarapan. Tak tahu lah apa yang dimasaknya.
'Dari belakang pun hensem. Rasa nak ngap.' Gumam Amanda di dalam hati.
Setelah itu, perlahan Amanda mendekati Tengku Affan. Dekat sahaja terus dipeluk suaminya dari belakang. Terkejut Tengku Affan dibuatnya.
"Terkejut abang, sayang. Jangan buat macam tu. Karang abang smackdown sayang." Gelak Amanda. Suka pula dia.
"Abang masak apa tu?" Menjengket Amanda mengintai apa yang dibuat Tengku Affan.
"Abang masak simple je untuk breakfast."
"Apa yang simple nya?"
"Roasted potato and chorizo hash." Jawab Tengku Affan. Membulat mulut Amanda tanda mengerti.
"Sayang pergi duduk dekat meja sana dulu. Nanti dah siap aku hidang." Arah Tengku Affan sambil fokus pada masakan dia.
Tetapi, Amanda menggeleng tidak mahu. Dia makin mengeratkan pelukan. Tangan dia mengusap lembut perut ketul-ketul Tengku Affan. Sengaja.
"Sayang." Panggil Tengku Affan dengan suara seperti amaran.
"Iya?" Sahut Amanda sambil terkekeh kecil. Nak usik sikit je. Menggeleng Tengku Affan dengan tingkah nakal isterinya.
Selepas itu, Amanda melepaskan pelukan dan berjalan ke arah peti ais. Dia ingin membuat sesuatu yang segar. Sekilas Tengku Affan berpaling melihat sang isteri. Tetapi dia pandang sekali lagi apabila melihat isterinya memakai dress paras paha dan belahan di dadanya yang agak terbuka.
Terasa air liurnya tersekat di kerongkong kerana susah untuk ditelan. Lagi-lagi bila melihat isterinya dalam keadaan begini.
"Jangan pandang saya lama-lama. Nanti hangus makanan tu." Ujar Amanda tanpa memandang Tengku Affan. Bukan dia tak perasan.
Tersentak Tengku Affan dengan teguran isterinya. Terus dia mengalihkan pandangan dan fokus kembali pada masakan dia.
Amanda mengeluarkan buah blueberry, kacang dan banana. Dia ingin membuat air 'blueberry-banana-nut smoothie'.
Siap sahaja semuanya, Amanda dan Tengku Affan bergerak ke meja makan. Mereka menikmati sarapan yang dibuat oleh Chef Tengku Affan.
"Sedap. Pandainya suami sweetheart ni masak." Puji Amanda sambil mengunyah makanan yang masih berada di dalam mulut.
Tersenyum Tengku Affan mendengar dan mendapat pujian dari sang isteri tercinta. Dia melihat tepi bibir Amanda ada kesan comot makanan. Diseka dengan lembut dan dijilat jarinya. Memerah muka Amanda dengan tindakan spontan Tengku Affan.
"Thank you, sweetheart." Dikucup tepi kepala Amanda dengan penuh sayang.
~~~~~
Amanda berdiri di tepi sinki sambil merenung suaminya yang sedang semua perkakas dapur yang mereka gunakan tadi. Dia nak cuci tapi Tengku Affan tak bagi.
Jadi di situ lah dia. Berdiri dan menunggu suaminya menyudahkan kerja membasuh.
"I'm done. Kenapa tak duduk je dekat depan tunggu aku?"
"Biarlah. Lagipun Manda rindu sangat dengan abang. Tak macam orang tu. Dah lah tipu kita." Perli Amanda. Sengaja.
Memincing mata Tengku Affan merenung Amanda sambil mengelap tangan menggunakan kain bersih.
![](https://img.wattpad.com/cover/341697069-288-k982301.jpg)
YOU ARE READING
MRS NOAH AFFAN [C]
RomansaTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...