Affan | Amanda : 40

12.3K 335 8
                                        

"Emak, nah. Ni ubat." Syuhada meletakkan ubat di atas meja. Alhamdulillah. Selepas sahaja seminggu dari pembedahan, Puan Azizah sudah dibenarkan untuk pulang.

Puan Azizah tersenyum pada anak daranya seorang ini. Ini sahaja lah harta yang dia ada. Anak dia, Syuhada. Selepas kematian arwah suaminya akibat accident langgar lari. Dia lah yang menanggung segalanya.

Makan, pakai dan sekolah anaknya. Puan Azizah yang bersusah payah membesarkan anaknya seorang diri.

"Kamu tak kerja ke?" Tanya Puan Azizah. Mana tidaknya. Syuhada selalu sangat ada di rumah.

"Bos bagi cuti. Dia suruh Syu jaga emak sampai emak sembuh. Baru Syu boleh datang kerja." Beritahu Syuhada jujur.

Memang Adam sendiri yang memberi izin pada Syuhada untuk mengambil cuti.

"Gaji kamu nanti tak kena tolak ke?"

"Tak. Bos bagi cuti bergaji."

"Tak sedap pula lah emak dengan bos kamu tu. Baik sangat orangnya. Selalu tolong kita. Kos pembedahan tu pun dibagi bayar." Luah Puan Azizah. Dia merasa seperti menumpang harta orang lain pula.

"Syu dah cakap yang Syu nak bayar balik. Tapi, bos tak bagi. Dia ugut Syu. Kalau Syu berkeras bayar juga, dia pecat Syu." Kata Syuhada seraya menjuihkan bibirnya.

"Takpa lah. Kita doakan je untuk dia. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusannya oleh Allah." Ucap Puan Azizah.

Jujur Puan Azizah katakan. Dia senang dengan sikap Adam yang baik, mesra dan hormat dengan orang tua. Selama berminggu-minggu dia di hospital. Adam sentiasa menjenguknya. Sibuk macam mana pun akan sempat kan diri untuk melihat diri dia.

Tak lama selepas itu, Syuhada dan Puan Azizah terdengar bunyi deruman kereta dari luar rumah. Syuhada bingkas bangun dan mendekati tingkap. Diselak sedikit langsir untuk melihat siapa.

Syuhada menyepet kan sedikit matanya apabila selama mengenali kereta mewah yang terparking di hadapan rumah nya ini. Membulat mata Syuhada apabila melihat gerangan yang baru sahaja melangkah keluar dari perut kereta itu.

Ternyata Adam.

Laju-laju Syuhada menutup kembali langsir tersebut.

"Dah kenapa kamu ni, Syu?" Tanya Puan Azizah bila mana anaknya ini bersikap pelik. Gaya macam baru lepas nampak sesuatu yang menyeramkan.

"Encik Adam. Bos Syu datang." Beritahu Syuhada kepada emaknya.

"Lepastu yang kamu macam ni kenapa? Dah macam baru lepas kena kejar binatang buas saja." Tutur Puan Azizah sambil tergelak kecil dengan tingkah anaknya ini.

"Assalamualaikum.." Adam yang berada di luar rumah memberi salam.

"Waalaikumussalam." Jawab Puan Azizah menyahut salam Adam.

"Emak buka lah pintu. Syu nak pakai tudung kejap." Selesai sahaja berkata begitu, Syuhada terus masuk ke dalam biliknya. Dia terduduk di birai katil single dia.

"Bos tu nak apa datang sini? Selalu sangat ni. Tak sedap hati pula aku rasa." Dipegang jantung nya. Terasa degupan jantung dia yang mengepam dengan laju.

Tiba-tiba, nama Syuhada dipanggil Puan Azizah dengan sedikit kuat. Lantas Syuhada menyambar tudung sarung yang terletak di hujung katil dan disarung ke kepalanya.

Terus melangkah keluar dari bilik tidur dia dan berjalan mendekati Puan Azizah.

"Ya, mak. Kenapa?" Tanya Syuhada dengan sopan.

"Buatkan air untuk Adam. Ni sekali letak dalam pinggan." Puan Azizah memberi bungkusan kuih-muih yang dibeli Adam sebelum datang ke sini. Sempat dia singgah di gerak tepi jalan. Syuhada menyambut huluran Puan Azizah.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang