Tengku Affan memarkirkan kereta Maserati Ghibli miliknya betul-betul di hadapan butik Amanda. Dia meliarkan matanya melihat ke dalam butik sambil dia masih lagi duduk di dalam kereta mewahnya.
Dia mengambil iPhone miliknya untuk mendail nombor Amanda. Kalau Amanda tak mahu ikut keluar lunch dengan dia. Memang dia heret Amanda. Ada dia kisah? Tidak.
Sesaat. Dua saat. Tiga saat.
Amanda tidak menjawab panggilan dia. Terpaksa lah Tengku Affan keluar untuk menjemput Cik Ivy Nur Amanda sendiri di dalam butik milik wanita itu.
Sempat Tengku Affan menekan butang lock untuk mengunci keretanya dahulu. Selepas itu, baru lah kakinya dihayunkan untuk masuk ke dalam butik Amanda.
Dibuka pintu butik tersebut. Syira yang sedang mengemas semua stock yang baru sampai tadi. Terus menoleh melihat ke arah Tengku Affan.
Dia bangun lantas didekati Tengku Affan.
"Selamat datang ke Ivy's Design. Ada yang boleh saya bantu? Encik nak cari baju macam mana? Untuk siapa? Emak? Girlfriend? Isteri? Tunang? Adik?" Bertubi-tubi soalan Syira ajukan kepada Tengku Affan.
"Tak. Aku tak cari baju. Aku cari Amanda. Dia ada?" Dingin suara Tengku Affan berkata pada Syira.
"Ohhh..Cik Amanda? Dia ada dekat bilik kerja dia. Saya panggil Cik Amanda sekejap. Tapi, sebelum tu boleh saya tahu encik ni siapa?"
"Tengku Affan." Sepatah sahaja balasan dia.
Perlahan Syira menganggukkan kepala. Sempat dia mengscan Tengku Affan dari atas sampai bawah.
'Hensem. Tapi sayang, beku. Sedih lah.' Kutuk Syira di dalam hati.
Dia terus bergerak menuju ke bilik kerja Amanda. Diketuk pintu bilik Amanda sebelum melangkah masuk.
"Yes, Syira. Ada apa?" Tanya Amanda mesra.
"Ada lelaki dekat luar cari Cik Amanda." Kata Syira.
"Siapa?"
"Tengku Affan." Beritahu Syira.
"Hah?" Pantas Amanda melihat jam. Awal lagi. Baru pukul 11:30. Mana datang lunch awal macam ni.
"Kejap lagi saya keluar. 5 minutes."
"Sip." Syira membuat gaya tabik. Selepas itu, dia terus keluar dari bilik kerja Amanda. Kakinya dibawa melangkah menuju Tengku Affan pula.
"Cik Amanda kata 5 minutes. Jadi, tengku boleh lah duduk situ dulu." Syira mempersilakan Tengku Affan untuk duduk menunggu Amanda di sofa yang sudah tersedia ada.
Tengku Affan hanya mengangguk sekali dan berjalan mendekati sofa. Dia melabuhkan punggungnya di situ.
Selang 5 minit selepas itu, Amanda keluar dari bilik kerjanya dan berjalan mendekati Tengku Affan. Dilihat Tengku Affan sedang fokus menatap handphone.
"Ehem. Awal nya nak lunch wahai Tengku Affan." Tegur Amanda seraya memerli.
Tengku Affan mengangkat kepalanya memandang Amanda yang berdiri di hadapan dia. Tengku Affan mengangkat sebelah alisnya.
"Why not?"
"Baru pukul 11:40 pagi. Beragak pun lah kalau nak lunch. Ke awak tak breakfast lagi?"
"Aku memang tak breakfast pun." Jujur Tengku Affan.
"Kenapa tak?" Tanya Amanda.
"Dah nama pun bujang. Duduk pula sorang. Jadi, faham-faham sendiri sudah lah." Kata Tengku Affan.
Amanda mencebikkan sedikit bibirnya dan menganggukkan kepala dengan gerakan perlahan.
"Tunggu sini kejap. Saya ambil handbag." Arah Amanda. Dia terus bergegas masuk ke bilik kerjanya semula untuk mengambil handbag.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...
![MRS NOAH AFFAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/341697069-64-k982301.jpg)