Affan | Amanda : 50

13.5K 339 1
                                        

Terkelip-kelip mata Amanda yang baru sahaja bangun dari tidurnya. Dia mengerjapkan matanya untuk membuang pandangan kabur. Selepas itu, Amanda memandang sekeliling. Maka, tahu lah dia yang dia sekarang berada di hospital.

Berpaling kepala Amanda memandang ke arah kanannya apabila terasa tangan kanan dia seperti ada seseorang yang memegang tangannya.

Ternyata Tengku Affan.

"Abang." Seru Amanda perlahan bagi mengejutkan Tengku Affan dari lena.

"Abang.." Panggil Amanda lagi apabila panggilannya tadi tidak dapat membuat Tengku Affan terjaga.

Tak lama kemudian, Tengku Affan membuka kelopak matanya apabila terasa ada yang memanggilnya. Tangan Amanda yang dipegang dan digenggam seketika. Tengku Affan menegakkan badannya untuk duduk dengan betul.

"Abang." Tengku Affan yang mendengar suara isterinya terus dia menoleh memandang Amanda.

"Bila sayang sedar ni?" Tanya Tengku Affan. Terkejut dia tengok Amanda sudah pun sedar.

"Baru je." Jawab Amanda perlahan. Tengku Affan pula naik duduk di atas katil. Diusap wajah pucat isterinya.

"Nak air?" Mengangguk Amanda.

"Bangun dulu. Duduk betul-betul." Tengku Affan membantu Amanda bangun dan duduk dengan elok.

Setelah itu, Tengku Affan bergerak ke meja untuk mengambil air di jug lalu dituangkan ke dalam gelas. Sesudah itu, Tengku Affan kembali lagi mendekati Amanda. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil.

"Nah." Tengku Affan menghulurkan gelas berisi air kosong itu kepada Amanda. Amanda menyambut dan meneguk air tersebut.

Sudah sahaja dari minum, Amanda menghulurkan semula gelas itu kepada Tengku Affan. Diambil Tengku Affan gelas itu dan diletakkan di atas meja sebelah katil. Setelah itu, Tengku Affan melabuhkan semula punggungnya di sebelah Amanda.

Tangan dia memegang tangan kanan Amanda dan dikucup penuh sayang. Matanya merenung ke dalam anak mata Amanda yang dari tadi memandang suaminya.

"Sorry, sayang. Mesti sakit." Ucap Tengku Affan dan bibirnya mencium kekura tangan Amanda yang dicucuk drip itu beberapa kali. Amanda merenung sahaja tingkah suaminya.

"Siapa lelaki yang tembak saya tu?" Tanya Amanda tiba-tiba. Terkaku Tengku Affan buat seketika. Diangkat wajahnya merenung Amanda.

"Dia orang upahan musuh business abang. Selalu tak puas hati." Jujur Tengku Affan. Bagi dia, tiada guna pun menipu. Dan dia tak nak berahsia dengan isterinya.

Terangguk-angguk kepala Amanda. Tapi, dia seakan tidak puas hati dengan jawapan Tengku Affan. Direnung wajah suaminya dalam-dalam.

"Are you sure? Takkan musuh business sampai upah untuk tembak saya? Saya takda kena mengena dalam urusan business awak dengan dia. Ke ni musuh awak masa awak masih buat 'kerja' tu?" Duga Amanda dengan memicingkan matanya memandang Tengku Affan.

"Yup. Abang tak nafikan benda tu. Abang tak nak tipu sayang." Tengku Affan menatap wajah bersih Amanda. Mata mereka turut bertaut rapat. Dia berharap agar isterinya percaya.

"Terima kasih sebab jujur. Tapi, bahu saya ni sakit sangat. Macam ni ek rasa kena tembak?" Kata Amanda sambil tangannya mengusap bahu kiri dia.

Tergelak kecil Tengku Affan. Dia mengalihkan tangan Amanda dan digantikan dengan tangannya. Selepas itu, dia mencium bahu kiri Amanda buat beberapa kali.

Amanda bergerak ke kanan dan ke kiri untuk membetulkan duduknya yang terasa tidak berapa selesa. Tengku Affan menahan kerana pergerakan Amanda terlalu kasar. Dia membantu Amanda untuk membetulkan duduk isterinya.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang