Affan | Amanda : 27

13.5K 407 15
                                        

Riuh rumah Tengku Affan dan Amanda dengan kedatangan Tengku Aryan dan Tengku Anaqi. Mereka lagi bermain PS5 di ruang tamu.

Tiba-tiba kedua bahu Amanda dipukul seseorang. Berpusing Amanda melihat gerangan yang memukulnya tadi. Ternyata suami sendiri.

"Dah siap belum? Aku dah lapar ni." Kata Tengku Affan sambil mengintai Amanda yang tengah mencedokkan sup ayam masuk ke dalam mangkuk.

"Lapar, lapar. Tolong masak tak nak. Makan nak. Saya ketuk pakai senduk ni nanti. Nak kena?" Amanda sudah mengangkat senduk ke atas gaya seperti bersedia ingin mengetuk Tengku Affan.

"Kalau berani pukul lah. Derhaka kau nanti." Amanda langsung mengetuk. Kisah apa dia. Mengaduh sakit Tengku Affan dibuatnya. Amanda pula membuat muka selamba.

Digosok kepala dia. Tengku Affan memandang Amanda tidak percaya. Betul-betul dia ketuk?

"Berani kau ketuk?" Amanda angguk.

"Awak pun selalu jentik dahi saya. Fair lah kan?" Balas Amanda tanpa memandang Tengku Affan.

Siap sahaja mencedok sup ayam ke mangkuk. Dia mengangkat mangkuk itu lalu diletakkan di atas meja makan. Tengku Affan merenung sahaja isterinya. Geram.

Tengku Affan menapak mendekati Amanda dan dipeluk isterinya dari belakang lalu diangkat. Didudukkan Amanda di atas table top. Terkejut Amanda dengan tindakan sang suami. Tengku Affan meletakkan kedua tangannya di sisi Amanda. Mengunci segala pergerakan Amanda.

Menelan air liur Amanda melihat Tengku Affan. Lagi-lagi wajah Tengku Affan yang agak seriau. Cukup buat Amanda takut.

"Dah rasa berkuasa sangat ke sampai ketuk kepala suami?" Garang nada suara Tengku Affan bertanya pada Amanda.

Menunduk Amanda. Tak berani nak berkata mahupun melihat wajah suaminya lagi. Padahal dia ketuk bukan nya kuat pun. Buat ghaso-ghaso je tadi.

"Kenapa diam? Jawab lah." Arah Tengku Affan. Dia merenung si isteri yang menunduk sahaja. Amanda diam.

"T-tak." Jawab Amanda dengan tergagap.

Tengku Affan menahan senyum. Mukanya diseriuskan. Saja nak mengusik Amanda. Padahal dia tak kisah pun. Dikepit dagu Amanda lalu diangkat wajah isterinya. Dipandang wajah isterinya yang takut menatap diri dia.

"Eyes on me." Arah Tengku Affan mendatar.

Perlahan anak mata Amanda merenung Tengku Affan. Dikelipkan matanya beberapa kali. Tingkahnya itu telah membuat Tengku Affan merasa geram kerana comel.

"Aku saja je lah. Serius sangat kenapa?" Kata Tengku Affan sambil dikepit hidung Amanda. Merah hidung Amanda dibuatnya. Dah macam badut.

"Sakit lah. Eee..awak ni kan." Mengadu Amanda kerana sakit hidungnya dikepit Tengku Affan. Bukannya kepit manja tapi betul-betul kepit tu hah. Memang merah lah hidung Amanda.

Laju tangan Amanda naik mencubit perut ketul-ketul Tengku Affan. Mendesis Tengku Affan kerana Amanda memulas cubitan itu.

"Balas?"

"Awak kepit hidung saya. Ingat saya nak diam je? Eeee..memang tak lah saya nak diam." Amanda langsung turun dari table top dan berjalan ke ruang tamu. Ditinggalkan je Tengku Affan yang sedang menggosok perutnya.

Perih mat!

Amanda memanggil yang lain untuk menjamu selera. Sedangkan Tengku Affan sudah pun berada di ruang makan dan sudah pun mengambil tempat.

"Wowww..ada sup ayam!" Teruja Tengku Anaqi melihat sup ayam. Dia ni memang dengan semua benda dia teruja.

Tengku Anaqi, Tengku Aryan dan Adam terus melabuhkan punggung di tempat masing-masing. Amanda pula menarik kerusi di sebelah Tengku Affan. Dia merapatkan kerusinya dengan Tengku Affan.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang