Affan | Amanda : 33

13.9K 365 3
                                        

Tengku Affan berjalan masuk ke dalam dapur dan dia melihat isterinya yang sedang memasak sarapan sambil menggoyangkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Dia mendengar juga Amanda seperti menyanyi. Tapi perlahan sahaja suaranya. Tidak pasti lagu apa.

Tersentak Amanda apabila ada tangan kekar yang memeluk dirinya dari belakang. Bahu kanan nya terasa berat. Dikerling sekilas suaminya sebelum menyambung masak kembali.

"Sayang masak apa?" Tanya Tengku Affan manja.

"Mushroom soup. Roti bakar saya dah siapkan dekat atas meja." Jawab Amanda. Senyum Tengku Affan dengan tingkah Amanda. Best betul dapat isteri rajin melayan kerenah suami.

Memang pagi tadi Tengku Affan yang minta Amanda masak mushroom soup dan roti bakar sebagai sarapan mereka pagi ni. Dia tengah energetic lepas kejadian panas mereka. Memang sampai ke telinga Tengku Affan senyum.

"Sayang..kau tak penat ke?" Tanya Tengku Affan sambil mendusel manja.

"Sikit." Jawab Amanda.

"Kalau kau penat kita tak payah lah pergi mall. Kita pergi esok."

"No! Untuk Dior, Chanel, Prada, Gucci dan LV. Saya sanggup. Saya takkan penat. Kita pergi hari ni. Abang dah janji kan?" Semangat Amanda. Dia menutup api dapur selepas siap memasak sup cendawan.

Setelah itu, Amanda berpusing menghadap Tengku Affan. Dia menjengket sedikit dan dikucup sekilas bibir Tengku Affan. Usai itu, dia menghadiahkan senyuman manis pada suaminya.

Tengku Affan pula apa lagi. Memang bersorak gembira lah dia. Pagi-pagi dah dapat morning kiss. Seronoknya!

"Thank you for last night, sweetheart. Sexy and hot." Ucap Tengku Affan sambil menatap dalam anak mata bundar Amanda. Dielus lembut pipi Amanda. Selepas itu, dikucup pipi kanan Amanda.

Memerah wajah Amanda dibuatnya. Malu!

Amanda menggigit sedikit bibir bawah dia. Kenapa lah suami dia ni boleh cakap pasal malam tadi? Hish!

"Malu ke?" Soal Tengku Affan. Menunduk kepala Amanda. Tengku Affan mengepit dagu Amanda dan diangkat supaya memandang wajah nya.

"Tak nak lah malu. Kalau sayang nak suruh abang kira berapa yang taik lalat sayang ada dari atas sampai bawah. Abang boleh buat. Abang dah nampak semua dah. Sayang pun dah nampak abang punya." Ujar Tengku Affan.

Muka Amanda terus macam kena simbah cat. Merah padam wajahnya. Malu ya amat.

"Abang." Panggil Amanda geram.

"What?" Tanya Tengku Affan dengan senyuman nakal.

"Eee..menyampah lah. Dah tepi. Saya lapar."

"Nak makan abang?" Usik Tengku Affan lagi.

"Nak kena tumbuk?" Amanda menunjuk penumbuk di hadapan Tengku Affan. Terletus tawa suaminya.

~~~~~

Pavilion Mall

Mengekor sahaja Tengku Affan. Ke mana Amanda pergi. Tengku Affan mesti ikut. Tautan tangan mereka pun tidak dilepaskan. Katanya takut hilang isteri.

Barang-barang yang dibeli. Dipegang oleh Alex, Qay dan Putra. Sampai tiga orang bodyguard yang ikut.

Sekarang mereka masuk ke butik berjenama Gucci. Masuk sahaja, Amanda ternampak satu handbag yang menarik perhatian dia. Kakinya laju diatur menuju ke arah handbag tersebut.

 Kakinya laju diatur menuju ke arah handbag tersebut

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang