Affan | Amanda : 58

10.3K 295 4
                                        

"Awak nak bawa saya pergi mana ni, Tengku Thaqif?" Tanya Syakira apabila dari tadi lagi dia bertanya ke mana arah tujuan mereka sekarang ini.

Tetapi, langsung tiada jawapan dari Tengku Thaqif. Hanya gumaman sahaja. Dah lah suruh aku pakai cantik-cantik. Jadi Syakira pun memakai lah baju kurung moden warna cream dan dipandankan dengan tudung warna coklat cair.

"Sabar, sayang. Nanti awak tahu juga." Kata Tengku Thaqif lembut. Mengerling sekilas dia merenung Syakira di sebelah.

Menjuih bibir Syakira. Sayang, sayang. Tak habis-habis. Entah siapa sayang dia.

"Berhenti lah panggil saya sayang." Kata Syakira.

"Kenapa pula? Biarlah. Kau tu girlfriend aku. Jadi, suka hati saya nak panggil awak sayang ke baby ke bucuk ke love ke." Bidas Tengku Thaqif tak mahu kalah.

"Ish." Mendengus Syakira. Malas nak berdebat dah.

Tidak lama selepas itu, kereta yang dipandu Tengku Thaqif dibelok ke kiri dan masuk ke dalam sebuah perkarangan rumah yang mewah dan besar. Terkaku Syakira untuk seketika. Rumah siapa pula ni?

Tengku Thaqif memarkirkan keretanya di garaj dan membuka seatbelt. Berpaling dia menghadap Syakira yang terpinga-pinga sambil meliarkan matanya melihat sekeliling perkarangan rumah mewah itu.

"Kita dah sampai. Jom." Ajak Tengku Thaqif. Belum sempat Tengku Thaqif ingin melangkah keluar. Lengan bajunya ditarik Syakira.

"Ru-rumah siapa ni?" Tanya Syakira berdebar. Jangan cakap ni rumah dia. Mampus aku. Karang kahwin free je. Mula emak aku dekat kampung tu bising.

"Rumah family saya." Jawab Tengku Thaqif seakan dapat membaca apa yang ada dalam fikiran Syakira.

"Rumah family awak? Buat apa bawa saya datang sini?" Berkerut dahi Syakira tidak mengerti kenapa Tengku Thaqif membawanya datang ke rumah keluarga lelaki ini.

"Saya nak kenalkan awak dengan family saya." Beritahu Tengku Thaqif jujur tentang tujuannya.

"But, why?"

"Mama dan ayah saya nak jumpa. Saya serius dengan awak, Kira. Saya tak main-main dalam hubungan kita ni. Saya ingat lepas kita jumpa family saya. Kita jumpa family awak pula." Ujar Tengku Thaqif dengan serius.

Terdiam Syakira mendengar segala setiap bait ayat yang dilontarkan oleh Tengku Thaqif. Jujur dia tidak menyangka yang Tengku Thaqif sangat serius dengan hubungan mereka ini.

Selepas melihat tiada reaksi atau balasan dari Syakira. Tengku Thaqif segera keluar dari dalam perut keretanya. Syakira turut mengikut sama. Kalau betul Tengku Thaqif adalah jodoh dia. Dia akan terima seikhlas hati.

"Ready?" Tanya Tengku Thaqif dengan menatap serata wajah Syakira yang seakan sedang berdebar.

Dengan gerakan perlahan, Syakira menganggukkan kepalanya. Lagipun dah sampai kan. Tak kan nak patah balik. Nanti apa pula keluarga Tengku Thaqif kata.

"Jom. Jangan risau. Mama dan ayah saya tak makan orang." Kata Tengku Thaqif. Ayat Tengku Thaqif barusan lagi membuatkan Syakira makin merasa berdebar.

Mereka berdua terus berjalan sehingga lah berhenti di hadapan pintu kayu besar. Tengku Thaqif memberi salam.

"Assalamualaikum." Ucap Tengku Thaqif sambil membuka pintu kayu besar itu.

Tidak lama kemudian, tubuh Tengku Thaqif dipeluk oleh seorang perempuan muda. Bila Syakira amati wajah perempuan itu, seakan tidak sebaya dengan dia atau tua dari dia. Mungkin muda dari dia. Tapi, siapa?

"Waalaikumussalam. Abang!"

'Abang?' Soal Syakira dalam hati.

Dia merenung sahaja Tengku Thaqif yang dipeluk oleh perempuan muda itu. Hatinya ada lah terkesan sikit dek kerana adegan di hadapan matanya ini.

MRS NOAH AFFAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang