Special Chapter : 4

9.8K 277 16
                                    

Selepas 6 bulan

Starich Empire

Amanda berjalan dengan anggun melangkah masuk ke dalam bangunan megah milik suaminya. Semua yang berada di lobi memandang Amanda dengan pandangan bersinar. Tak kira lelaki atau perempuan.

Semua mengagumi kecantikan Amanda. Setelah melahirkan Ameera, badan Amanda mula kembali ramping seperti dia masih lagi anak dara. Amanda terus berjalan sampai di hadapan lif yang tersedia hanya untuk vvip.

Selepas pintu lif terbuka, Amanda masuk ke dalam dan terus menuju ke tingkat yang menempatkan bilik pejabat Tengku Affan. Sampai sahaja, Amanda melangkah keluar dan menapak mendekati bilik pejabat Tengku Affan.

Buka sahaja pintu bilik Tengku Affan, mata Amanda disuguhkan dengan pandangan yang cukup membuat Amanda boleh jadi naik hantu.

Mana tidaknya, ada seorang perempuan yang sedang menggoda suaminya. Dah lah pakaian seksi, pendek hanya separas paha. Ini nak kerja ke nak menjual diri? Amanda menolak isi dalam pipinya menggunakan lidah.

Tengku Affan yang melihat figura isterinya terus bangun dan mendekati Amanda. Perempuan tadi terus ditolak.

"Sayang." Panggil Tengku Affan.

Amanda mengalihkan perhatiannya dari memandang perempuan itu kepada Tengku Affan. Amanda menguntumkan senyuman manis buat sang suami. Apabila Tengku Affan sudah dekat, terus dipeluk tubuh tegap tersebut.

Dihidu bau wangian yang terbit dari Tengku Affan sedalam-dalamnya. Wangi. Bau yang selalu membuat dia tenang. Kalau tidur malam, tak bau Tengku Affan. Tak lena tidur dia.

Perempuan seksi itu yang melihat adegan peluk dan mesra antara Tengku Affan dan Amanda mula merasa panas hati. Dia menapak mendekati pasangan sejoli itu.

"Ehem." Perempuan itu berdehem bagi menyedarkan Amanda dan Tengku Affan yang dia masih lagi ada di situ.

Terenggang pelukan mereka berdua dan berpusing menghadap perempuan seksi ini. Terangkat kedua alis Amanda memandang perempuan seksi di hadapan matanya ini atas dan bawah.

'Dekat mana lah dia pergi beli baju ni? Dia masuk butik yang jual pakaian kanak-kanak ke?' Tertanya Amanda sendiri.

"Siapa ni Affan? Adik you ke?" Tanya perempuan itu.

Tengku Affan mengendahkan sahaja. Dia berpaling merenung wajah cantik si isteri. Isteri aku lagi lawa. Dia tertutup macam ni pun dah hot. Apa lagi kalau terbuka. 2 in 1.

"Sayang, kenalkan ni klien abang. Karina nama dia." Tengku Affan mengenalkan perempuan bernama Karina itu kepada Amanda.

Amanda mengangguk perlahan dan menghulurkan tangan serta memberi senyuman tipis kepada Karina. Karina menyambut huluran tangan Amanda hanya ala kadar. Gaya dia macam jijik sangat nak sentuh Amanda. Selepas itu, diberi juga jelingan tajam kepada Amanda. Tapi, ingat Amanda diam saja ke? Memang tak lah.

Amanda turut membalas dengan jelingan lagi padu. Kalah Karina punya jelingan.

"This is my lovely, my beautiful and my adorable wife, Ivy Nur Amanda." Tengku Affan mengenalkan Amanda seraya memuji isterinya.

Membahang wajah Amanda dibuatnya. Malu dia. Amanda terus menyembamkan wajahnya di dada bidang Tengku Affan. Terletus tawa kecil Tengku Affan dengan tingkah si isteri yang tengah malu.

Menjuling mata Karina ke atas. Menyampah tengok adegan mesra yang dipamerkan Tengku Affan dan Amanda.

"Affan, we still have work to complete and discuss. So, stop with this bullshit." Mencelah Karina menghentikan adegan mesra itu.

MRS NOAH AFFAN [C]Where stories live. Discover now