Tengku Affan melihat isterinya yang sedang menggayakan shawl di hadapan cermin. Dia duduk di birai katil menunggu sang isteri bersiap.
Selepas sahaja mereka beromantika di dapur pagi tadi. Tengku Affan mengajak Amanda keluar. Katanya ada suprise. Amanda turutkan sahaja lah. Lagipun sekarang dah pukul 5:30 petang.
Ditenung wajah Amanda yang ralit memakai tudung dari tadi. Cantik. Bingkas dia bangun dan mendekati sang isteri. Dia menunduk sedikit dan melekatkan pipinya dengan pipi Amanda.
Terhenti pergerakan Amanda.
"Kenapa?" Tanya Amanda lembut.
"Sayang cantik." Puji Tengku Affan. Memang tidak dinafikan. Amanda cantik sangat bila bertudung.
Tersipu malu Amanda jadinya. Memerah pipi dia. Haish, suami dia ni.
"Terima kasih. Abang pun hensem." Balas Amanda sambil sebelah tangannya naik membelai pipi Tengku Affan.
Selepas itu, Tengku Affan mencium pipi Amanda sebanyak tiga kali dan digeselkan puncak hidungnya dengan pipi Amanda. Lembut. Geram Tengku Affan.
"Meh abang pakaikan."
"Pandai ke?"
"See the leg lah." Tengku Affan mengajuk gaya cakap Amanda.
"Okay. Pakaikan." Tengku Affan melilitkan tudung itu dengan kemas dan dijarumkan secara berhati-hati. Takut tercucuk kepala bininya bocor karang.
Setelah beberapa minit, akhirnya selesai jua Tengku Affan menggayakan tudung Amanda. Tidak terlalu pendek dan tidak terlalu labuh. Sedang-sedang. Yang penting kemas dan cantik.
Amanda melihat di cermin. Melebar dia senyum. Pandai juga laki aku.
"Cantik lah. Mana abang belajar ni?" Soal Amanda ingin tahu.
"Tengok YouTube. Lepas ni sayang boleh panggil aku 'jari-jemari Fafan'." Seloroh Tengku Affan. Terletus tawa Amanda.
"Entah apa-apa. Tak betul abang ni." Kata Amanda dengan masih ada sisa tawanya. Suka Tengku Affan melihat Amanda gelak.
"Jom. Dah siap kan?" Ajak Tengku Affan.
"Dah." Amanda bangun dari labuhannya dan terus memegang tangan Tengku Affan.
~~~~~
Meliar mata Amanda apabila Tengku Affan memarkirkan kereta. Nampak macam taman. Tapi, gelap lah. Tengku Affan ni biar betul nak buat suprise dekat tempat macam ni.
Laju kepalanya di palingkan menghadap Tengku Affan.
"Kita buat apa dekat sini?" Tanya Amanda.
"Jom keluar." Bukannya menjawab malah mengajak Amanda keluar dari kereta. Tapi, Amanda mencekal tangan Tengku Affan. Berpusing Tengku Affan memandang Amanda.
"Kenapa?" Diangkat kedua alisnya.
"Gelap lah. Abang tak salah tempat ke?" Soal Amanda sambil matanya melilau. Terbit senyuman kecil Tengku Affan.
"Nope. Jom." Bingkas Tengku Affan keluar dari kereta dan bergerak ke sebelah. Dia membukakan pintu buat Amanda dan dihulurkan tangannya. Teragak-agak Amanda menyambut.
Perlahan Amanda melangkah keluar dari kereta. Seram pula. Sebab memang gelap.
"Don't worry. You have me. Okay, sayang?" Pujuk Tengku Affan dan mengucup dahi Amanda. Amanda menarik nafas sedalam-dalam dan dihembus perlahan cuba untuk menenangkan dirinya.
"Jangan tinggal saya." Kata Amanda dalam keadaan takut. Dia dah lah takut gelap.
"I will never leave you. You trust me, right?" Amanda angguk.
![](https://img.wattpad.com/cover/341697069-288-k982301.jpg)
YOU ARE READING
MRS NOAH AFFAN [C]
RomanceTengku Noah Affan 🤍 Ivy Nur Amanda Tengku Noah Affan - Seorang lelaki yang beku dan mempunyai wajah yang sombong. Dia terkenal dengan ketampanan dan kemewahan yang dia miliki. Terlalu dingin terhadap semua perempuan dan tidak pernah dekat dengan se...